BERPETUALANG KE UK (2001-2009)


Thursday, December 24, 2009

My Passion : Home-School Reading Partnership in Oakfield First School

Mengapakah aku begitu bersemangat sekali mendalami kajian Home-School Reading Partnership di Oakfield First School, Windsor, UK ini?

Bagi membaca post berkaitan post ini, sila klik di sini (Who is actually the better reader?)

-------------------------------------------------

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui di saat aku lafazkan post yang baru-baru ini, Goodbye 2009, welcome 2010 !!!! sebagai penghujung post ku bagi tahun 2009, rupanya digerakkan lagi aku untuk menulis lagi. Beginilah aku memahami setiap perjalanan ku yang telah ditetapkan tujuan ku berada di bumi UK ini. Setiap apa yang aku lakukan telah ditetapkan tujuannya. Hanya DIA lah yang mengetahui segalanya.

Sebelum memasuki 2010 harus kusudahkan satu tugasan perkongsian ini. Walaupun jenuh untuk aku menunggu proses meng upload video-video ini ke facebook sebelum dapat aku embed di blog ku ini...namun dengan penuh kesabaran tetap kuusahakan jua. Selagi tidak dapat aku langsaikan tugasan ini, selagi itu sukar untuk aku move on dengan kerja-kerja seterusnya. Namun dalam masa yang sama, sementara menunggu video-video ini di uploadkan ke facebook, aku dengan penuh tenaga bercapah-capah idea ku menyusun kerja-kerja research ku. Syukur Alhamdulillah...

Kenapa kerja-kerja video ini begitu penting? Ada panjang lagi perjalanan kerja-kerja ku ini. Video2 ini hanya sebahagian daripada perjalanan research ku. Contohnya, sebaik habis cuti Krismas dan Tahun Baru ini, sebaik sekolah bermula, aku sudah mula ke sekolah semula seperti anak-anak ku. Tugasan aku mempelajari bagaimana reading assessment perlu dimulakan di hari pertama persekolahan lagi. Aku akan merekodkan pemerhatian bagaimana Dr Sendorek, the Headteacher of Oakfield First School mengenalpasti tahap reading pelajar-pelajar baru Oak Class di sebalik meminta mereka mengenalpasti tag nama yang tertera nama mereka dan juga mengenalpasti di manakah peg mereka untuk mereka sangkutkan coat mereka. Simboliknya meminta mereka meletakkan sendiri coat mereka dan bukan ibu bapa adalah untuk dikenalpasti mereka ini sudah boleh mengenal dan membaca atau belum. Ibu bapa di hari pertama anak-anak bersekolah tidak sama sepertimana di Malaysia. Sebelum cuti Krismas dan Tahun Baru sudah diberikan 2 hari sesi anak-anak berada di dalam kelas. Maka hari pertama yang sebenar ibu bapa tidak dibenarkan mengikut anak-anak ke dalam kelas. Anak-anak juga telah diberikan keyakinan yang mereka mampu menguruskan diri mereka sendiri. Kalau ikutkan ibu bapa yang ada yang tidak yakin anak-anak mereka sebenarnya sudah bersedia untuk memasuki alam baru.

Minggu kedua pula akan bermulalah kerja-kerja ku yang seterusnya iaitu Reading Workshop yang telahpun dijadualkan pada malam 12 Januari 2010 nanti. Berdasarkan Reading Workshop September yang lalu, aku akan merekodkan lagi video Dr Sendorek sewaktu beliau menyampaikan instruction kepada ibu bapa. Pengalaman September mengajarku untuk memberikan fokus betul2 kepada Dr Sendorek sahaja. Maka persetujuan di mana aku akan duduk bagi merekodkan video adalah penting! Kali ini aku berazam akan menguatkan lagi daya fokus ku agar dapat merakamkan apa yang aku perlukan dan bagi memudahkan kerja-kerja editku nanti. Mengambil video mungkin lebih mudah berbanding kemudiannya untuk mengedit segala video itu untuk dicatatkan mana yang penting mana yang tidak. Dan lebih pentingnya bagaimana aku akan nanti memecahkan section video yang panjang kepada section yang boleh diupload ke facebook untuk aku kongsikan kepada semua.

Untuk perkongsian aku bagi penghujung 2009 ini adalah sesi interview yang aku jalankan bersama Dr Sendorek. Inilah video yang aku kendalikan sendiri - the interview with the Headteacher of Oakfield First School of Windsor, Dr Sendorek, on Monday 21st December 2009. Akulah yang menginterviewnya, aku lah juruvideonya, semuanya lah…. Alhamdulillah… berjaya juga hasrat ku untuk membuat liputan secara terus dengan seorang pemimpin di arena pendidikan yang sangat aku kagumi ini.

Perkongsian ini akan menjadi satu manfaat yang besar apabila ibu bapa memahami apa yang sebenarnya kita sebagai ibu bapa boleh pelajari bagaimana untuk membantu anak-anak kita cemerlang di dalam pembelajaran mereka.

Oakfield First School mempunyai rekod kejayaan national for reading yang konsisten for years now. Mereka menggunakan kaedah yang sangat mudah tetapi yang paling penting adalah bagaimana kita memahami ilmu bagaimana seorang kanak-kanak itu belajar membaca. Di UK sendiri menggunakan teknik yang mudah tetapi kenapa di negara kita mengambil jalan yang sukar. Mungkin negara kita sedang mencari kaedah yang sesuai, maka itulah tujuan perkongsian saya ini.

Video Interview 1 : The Introduction of Home-School Reading Partnership in Oakfield First School



Video Interview 2: Sejarah bagaimana bermulanya Home-School Reading Partnership

Tidak pernah dinafikan untuk memperkenalkan suatu perkara yang baru bukanlah mudah. Manusia sangat sukar untuk menerima sesuatu perubahan. Itulah juga yang sama dihadapi oleh Dr Sendorek sewaktu memperkenalkan Home-School Reading Partnership kepada guru, ibu bapa dan pelajar.

Dr Sendorek juga memperkenalkan penggunaan Teacher Assistant, di mana inilah bidang kepakaran beliau di dalam pengajian Doctorate beliau. Maka tidak dapat disangkal lagi ini lah pemimpin pendidikan yang diperlukan oleh Malaysia yang sentiasa sudi berkongsi ilmu dan kepakaran beliau bagaimana menguruskan Teacher Assisstant dan polisi sekolah.



Video Interview 3 : Susah senangnya ingin membawa perubahan

Di mana-mana pun ada kesukaran apabila kita ingin melaksanakan suatu pembaharuan. Bukannya di Malaysia sahaja yang wujudnya kesukaran, bahkan di mana-mana pun bukan mudah apabila melibatkan kita ingin mengubah suatu kebiasaan.

Dr Sendorek membuktikan apa yang cuba dibawanya iaitu Home-School Reading Partnership walaupun mempunyai halangan dan cabaran, tetapi beliau berusaha mencari penyelesaiannya juga. Setiap perkara dibuktikan apabila difahami oleh sekolah dan ibu bapa bersama, maka akan wujud kerjasama dan penyelesaian.



Video Interview 4 : Apa kaitan Reading Workshop dengan Home-School Reading Partnership?

Secara national nya Home-School Reading Partnership telah cuba diperkenalkan ke semua sekolah, tetapi apakah penyumbang kepada kejayaan sistem yang efektif?

Itulah uniknya Oakfield First School dengan kepimpinan Dr Sendorek di dalam memberikan instruction kepada ibu bapa.

Dari Reading Workshop, Oakfield First School beralih kepada pelbagai penglibatan ibu bapa lagi di dalam pembelajaran anak-anak. Mereka kini ingin mengorak langkah ke Home-School Math Partnership pula.



Video Interview 5 : Kenapa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak?

Kenapalah ditekankan begitu pentingnya ibu bapa bekerjasama dengan sekolah di dalam pembelajaran anak-anak? Pertamanya dengan ibu bapa terlibat secara terus barulah pihak sekolah dapat memberitahu ibu bapa bagaimana pengajaran di sekolah berlaku. Cara ibu bapa belajar dulu sudah berbeza dengan cara anak-anak kita belajar hari ini.

Dan apakah pentingnya mengetahui cara anak kia belajar membaca? Mengapa di UK ini begitu penting sekali di peringkat sekolah rendah belajar membaca. Dalam Islam pun kita sedia maklum perkara pertama adalah Iqra'...bacalah...

Kajian membaca di negara barat semakin maju. Mereka mengkaji sains membaca. Membaca bukan semata men decode semata lagi..tetapi memahami knowlege yang lebih halus lagi di sebalik pembacaan tersebut. Apakah nilainya...apakah feeling yang terdapat di sebalik kisah tersebut dan sebagainya.

Dr Sendorek memberitahu cara lama menutup gambar semasa anak membaca adalah salah. Kenapa???



Video Interview 6 : Bagaimanakah penerimaan ibu bapa akan program ini?

Kesungguhan seorang Headteacher yang murni hatinya tidak lain tidak bukan ingin melihat ibu bapa begitu bersemangat ingin terlibat di dalam pendidikan anak-anak mereka. Contohnya adalah aku sendiri. Tetapi aku bukan seorang semata... ibu bapa lain ada yang lebih lagi penglibatan mereka yang tidak aku dapat lakukan sepertimana mereka. Aku hanya lah salah seorang ibu yang merasakan begitu diinspirasikan oleh sekolah.



Video Interview 7 : Apakah rahsia di sebalik kejayaan Reading Workshop?

Ibu bapa yang memahami bagaimana anak-anak belajar membaca tidak akan expect terus akan pandai membaca. Ibu bapa akan sedar bahawa anak-anak memerlukan masa untuk mereka practise dengan konsisten dan juga encouragement daripada ibu bapa.

Open channel of communication created by the Reading Workshop not only for reading but for the whole development of learning.



Video Interview 8 : Berapa lamakah jangka masa seorang kanak-kanak itu boleh membaca?

Dalam masa 6 minggu adalah pengukuran yang digunakan untuk melihat progress anak-anak belajar membaca. Belajar membaca di sini bukanlah sekadar mengenal huruf dan perkataan semata, tetapi juga mampu memahami apa yang dibacanya. Di sini, kedua word recognition dan reading comprehension diambil kira sepenuhnya.



Video Interview 9 : Sistem yang bagus mestilah difahami sebenar-benarnya

Walaupun Home-School Reading Partnership ini terbukti suatu yang bagus untuk dibawa pulang ke Malaysia, tetapi aku harus bersabar daripada terus membawanya ke Malaysia. Walau aku sudah pun bertemu dengan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Tan Sri Alimuddin Md Dom pada Ogos yang lalu, namun aku harus menjalankan analisa yang lebih mendalam dalam setahun ini.








-------------------------------
Tidak cukup dengan sesi interview, saksikan sebahagian Reading Workshop yang aku rakamkan September yang lepas. Fahami uniknya knowledge yang disampaikan oleh Dr Sendorek ini. Detailnya maklumat ini tidak semuanya disenaraikan oleh Dr Sendorek di dalam interview, maka perlu menonton video2 dari Reading Workshop ini yang sudah saya pecah2kan mengikut section tertentu. Selamat menonton dan selamat menimba ilmu.

Reading Workshop 1 : Cara anak-anak belajar membaca hari ini agak sudah berbeza daripada cara kita belajar dulu.



Reading Workshop 2 : Teknik-teknik dan strategi yang perlu difahami di sebalik sains belajar membaca. English bukanlah bahasa yang mudah untuk dipelajari.



Reading Workshop 3 : Bagaimanakah dan apakah yang boleh dibantu oleh ibu bapa di rumah walau ibu bapa sendiri bukanlah fasih berbahasa Inggeris. Mengapa bercakap dengan anak-anak sejak dari mereka kecil begitu penting di dalam pembangunan belajar membaca.



Reading Workshop 4 : Material yang berkualiti adalah juga penyumbang kepada kejayaan reading progress ini.

-------------------------------

Untuk semua ini, apa yang sebenarnya perkara paling utama yang ingin aku buktikan berlaku? Adakah sistem pendidikan di negara kita tidak cukup bagus berbanding UK sedangkan pendidikan Malaysia lah yang telah mendidikku sebelum aku bertemu pendidikan UK? Bagiku...untuk apa Malaysia menghantar pelajar ke luar negara sekiranya segala ilmu yang ditimba tidak mahu diambilkira di dalam pembangunan yang sedia ada. Jika Malaysia tidak memerlukan segala input ini, maka untuk apa perbelanjaan yang besar dibazirkan untuk menghantar setiap pelajar ke luar negara yang jauh berkali ganda lebih mahal berbanding di dalam negara. Dalam masa yang sama juga tidak semua yang dipelajari di luar negara perlu dilaksanakan di Malaysia, yang mana inilah yang paling sukar sekali untuk ditentukan cara yang terbaik untuk memindahkan teknologi ilmu dari luar mengikut adunan sistem kita yang sedia ada. Maka untuk itu, setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu lah dijalankan penyelidikan yang diambil kira setiap sudut dan benar-benar difahami sebelum dilaksanakan. Kita tidak mahu lagi berulang kali berlakunya pembaziran seperti mana yang berlaku sewaktu perubahan penggunaan bahasa bagi matapelajaran Matematik dan Sains atau pun melaksanakan dasar ICT yang begitu banyak melibatkan bermacam isu seperti penyelewengan dan sebagainya. Kita tidak mahu sesuatu sistem yang bagus akhirnya dianggap tidak bagus di atas dasar kurangnya mendalami pemahaman pelaksanaan yang tertentu.

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan begitu juga sistem pendidikan di UK. Begitu juga dengan kelemahan bagi kedua sistem pendidikan ini. Sistem pendidikan di UK terlalu melihat bagaimana untuk menjadikan pembelajaran begitu menyeronokkan sehingga ada juga yang terleka dan tidak mengambil manfaat dari sistem mereka sendiri. Sistem pendidikan di Malaysia pula terlalu mementingkan keputusan akademik sehingga apa yang penting adalah berapa banyak A yang berjaya diperolehi. Ibu bapa dan guru hingga menekan pelajar dalam mencapai pencapaian yang cemerlang. Apa yang aku lihat perlunya digabungkan kedua sistem ini dan dilihat semula nilai pembelajaran yang bagaimanakah yang ingin kita lihat pada anak-anak generasi kita. Kita inginkan anak-anak kita benar mempunyai nilai kehidupan yang tinggi yang mengambilkira keseimbangan pelbagai sudut. Kita mahu anak-anak kita happy dan seronok belajar dan dalam masa yang sama rekod mereka cemerlang. Perkongsian aku dengan Dr Sendorek mendapati beliau menyatakan hilangnya nilai respect di kalangan pelajar tidak sama seperti nilai hormat-menghormati sepertimana yang masih lagi terpelihara di Malaysia (walau tidak dinafikan berlakunya susut nilai ini di kalangan pelajar di ketika ini di Malaysia).

Inilah yang ingin aku buktikan boleh berlaku pada anak-anak sejak dari kecil begitu seronok ingin ke sekolah dan begitu passion tentang ilmu dan pengetahuan. Video ini aku rakamkan semasa Syahmie dan Zahin dengan projek Recycle mereka awal tahun 2009.



Video ini pula bagaimana Zahin menerangkan projek buku mereka yang Zahin bertindak sebagai illustrator dan Syahmie pula writer nya. Bagaimana inspirasi ini bermula sudah tentunya dari sekolah.



Reading program di sekolah boleh apply dalam mengaji juga

Ya... reading program di sekolah anak-anak boleh juga digunakan kaedah tersebut dalam mengaji juga. Cara biasa kita apabila anak-anak belajar membaca dengan mengajar abc hingga z dan mengaji pula perlu menghafal alif ba ta sampai ya.

Menurut interview yang aku jalankan bersama Headteacher mengenai keberkesanan program membaca yang digunakan, anak-anak boleh membaca dalam masa 6 minggu. Membaca di sini bukan beerti setakat pandai dalam menyebut semata ya, tetapi juga lengkap dengan apabila diminta ulas semula apa yang dibaca anak2 tersebut boleh memberi ulasan semula akan kefahaman apa yang dibaca. Ya...6 minggu... tetapi kaedahnya bukannya menggunakan teknik lama hafal abc tu lagi.




Doakan diri ini mampu untuk mendalami lagi program membaca di UK ini ya. Aku yakin manfaatnya begitu besar kerana melihat sendiri development of knowledge anak2 sendiri bukan semata di dalam English, tetapi juga pengetahuan agama, sains dan lain2.

InsyaAllah, mentor ku, Dr Sendorek akan memberikan aku ruang ilmu demi ruang ilmu untuk aku terus menimba pengetahuan di Oakfield First School. Beliau terlalu istimewa dan berharga anugerah Yang Maha Berkuasa buat diriku. Jiran Oakfield First School juga sebenarnya memberikan aku ruang untuk menimba ilmu iaitu Headteacher Lawns Nursery, Mrs Thomas. Namun apakan daya ku yang tidak punyai kuasa mencerap kesemuanya dalam satu masa. Biar pun ruang dan komunikasi pertama bermula dengan Mrs Thomas, namun ketentuanNya jua yang membawa aku memilih salah satu daripadanya. Aku biarkan masa menentukan segalanya. Kerana ruang dan masa itu milikNYa.

Seorang lagi insan penting di dalam perjalanan ilmu ku di bidang Psychology of Education ini adalah supervisorku, Professor Jackie Masterson, the Professor in Psychology of Reading. Beliau juga mendoakan aku berjaya menjalankan case study ini kerana menurutnya research ku mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Program Home-School Reading yang cuba dilaksanakan di seluruh sekolah di serata UK masih lagi cuba mencari contoh yang terbaik, maka diharapkan analisa aku nanti dapat memberikan penyelesaian dan dijadikan rujukan.

Apa yang aku harapkan kini dari negara ku yang tercinta terutamanya pegawai-pegawai dan penyelidik-penyelidik terlibat akan bersama berganding tenaga kerana berita baiknya ruang di Oakfield First School begitu terbuka untuk kita sama-sama mendalaminya. Sewaktu Dr Jamil dan En Jamal, penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan cikgu Rafee, wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bertemu Dr Sendorek bagi menjalankan kajian School Leadership, Dr Sendorek telah berbesar hati menawarkan kepada penyelidik Malaysia pada masa akan datang untuk menginap di rumahnya bagi mendalami lagi the life of English people. Bukankah sudah murah dengan ilmu ditambah lagi dengan tawaran tersebut membuktikan betapa Dr Sendorek tidak berahsia lagi. Begitu banyak lagi ilmu bidang pendidikan ini yang boleh kita dalami bersama kerana Gold Award yang dimenangi selama 9 tahun (mengekalkan Award sebanyak 3 kali berturut-turut hingga kini) sebagai School of Drama, Art and Music tidak mampu untuk aku dalami. Bidang tersebut adalah kepakaran Dr Sendorek yang sudah tentunya terbukti.

Aku dan Dr Sendorek, the Headteacher of Oakfield First School.


Aku dan supervisor ku, Professor Jackie Masterson, the Professor in Psychology of Reading, University of London Institute of Education.


Post terdahulu yang berkaitan dengan post ini:


Sunday, December 20, 2009

Goodbye 2009, welcome 2010 !!!!

Lama aku tidak menulis di blog. Sejak ucapan Hari Raya in Oktober hingga lah kini Disember 2009. Sudah hampir ke penghujung bagi tahun 2009. Akan bermula lah tahun baru 2010..dengan azam yang baru..mungkin?

Aku terpanggil untuk menulis setelah aku kumpulkan bahan-bahannya… Mungkin boleh saja aku menulis mengenai catatan harian… segala apa yang berlaku seharian… tetapi kisah harian ku begitu personal untuk aku coretkan. Dalam sehari terlalu banyak perkara yang berlaku…terlalu banyak perkara yang aku fikirkan hingga tak mampu untuk aku type di computer. Aku begitu banyak menyimpan catatan berbentuk coretan ringkas…dan kemudiannya aku simpan di dalam ‘kotak hitam’ ku… Apa yang aku coretkan? Macam-macam… tentang apa yang aku rasa tentang diri ku… tentang apa yang aku impikan…tentang apa yang aku fikirkan orang lain… anak-anak, suami, dan sesiapa saja. Kadang ianya berbentuk angan-angan…kadang ianya berbentuk perancangan… kadang ianya dalam bentuk gambaran. Agaknya kalau aku kumpul dengan baik mungkin boleh jadi novel… tapi ianya tak semudah itu… Kadang ianya terlalu laju dan mendesup…hingga tak sempat pun nak tulis… dan aku bukannya suka merekodkan suaraku sendiri…walau voice recorder sentiasa selalu ada denganku… bukan setakat voice recorder, kini gigital camera pun tak lepas lebih lagi camera ku boleh merakamkan video juga. Sayang kat ayah (suamiku) di atas hadiah digital camera yang begitu bernilai peneman diri ku…

Aku mendapat inspirasi untuk menulis kali ini untuk membantu seorang rakanku. Sebelum ini aku begitu banyak sekali menunjukkan gambar-gambar aktiviti kami sekeluarga di rumah. Ianya bertujuan membantu bagaimana di rumah kita sebagai ibu bapa meluangkan masa untuk anak-anak membantu perkembangan pembelajaran mereka. Tidak cukup dengan itu, segala pemerhatian ku di sekolah juga turut aku aku coretkan untuk berkongsi pengalaman pengetahuan pendidikan di UK ini. Aku bersyukur di atas anugerah anak-anak yang baik dan tidak banyak ragam. Segala aktiviti kami berjalan dengan baik dan kami menikmati keseronokan pembelajaran kami bersama. Namun, dalam masa yang sama ingatan ku pada anak rakanku yang mengalami hiperaktif selalu membuatkan aku mencari-cari info untuk membantunya. Setiap dari kita pastinya diuji dengan pelbagai cabaran yang berbeza…. Tetapi yang paling penting adalah bagaimana kita menghadapinya dan berkongsi pengalaman itu…

Sebagaimana yang kalian ketahui…aku kini di dalam pengajian Psychology of Education di University of London Institute of Education. Tahun ini adalah tahun kedua bagiku secara rasminya di dalam bidang ini. InsyaAllah dengan ilmu yang aku perolehi sepanjang pengajian ini membolehkan aku untuk berkongsi mengenai masalah-masalah yang dihadapi di dalam pembelajaran. Semoga dengan apa yang aku bakal kongsi kan nanti dapatlah kita membantu memahami anak-anak yang mempunyai masalah. Kerana…apabila kita tidak memahami mereka, sudah lah kita tidak membantu, malah sikap prejudis kita juga menambah beban mereka yang sudah sedia berat berbanding orang lain!!!

Saban kita kita semakin kerap mendengar berbagai nama penyakit, bukan? Kalau sakit jantung berlubang ke darah tinggi tu kita boleh terima lagi…walaupun dari segi fizikalnya kita tak nampak seperti mana sekiranya seseorang tu cacat fizikal. Namun, bagaimana dengan sakit yang orang tak Nampak dari segi fizikal tetapi kita Nampak kanak-kanak tu terlalu lasak atau hiperaktif hingga membawa kepada memecahkan barang-barang dan akhirnya membawa kepada nakal. Adakah nakal itu satu penyakit? Adakala nya nakal berlaku untuk menarik perhatian ibu bapanya yang kurang memberikan perhatian, dan tidak kurang juga nakal kerana terlebih pandai, mahupun nakal yang bermula dengan selalu keciciran di dalam pelajaran.

Tahukah kita ada kanak-kanak yang terlalu lasak ketika kecil mungkin sebenarnya mengalami gangguan ADHD? Attention Deficit Hiperactive Disorder ini boleh dilihat simtomnya bermula dari bayi lagi. Lebih menyakitkan lagi bagi kanak-kanak ADHD ini apabila dia menunjukkan tanda lembab membaca dan menulis. Mungkin dari ADHD kemudiannya dia di diagnos mengalami Dislexia pula. Satu persatu akan cuba ku terangkan di sini…

ADHD mahupun Dislexia tidak membezakan seorang kanak-kanak itu dari kedaan fizikalnya. Mereka nampak sepertimana kanak-kanak lain juga. Cuma bezanya adalah satu perbezaan dalam cara otak mereka bekerja yang membuatkan mereka berkelakuan agak ‘istimewa’ yang membuatkan mereka dan orang-orang di sekeliling mereka perlu memahami mereka. Nama ADHD ini diperolehi dari simtom-simtom yang ditunjukkan oleh mereka yang mengalami ADHD ini. Namun simtom-simtom ini berbeza mengikut tahap masalah yang dihidapi, mungkin mereka mempunyai satu atau lebih masalah-masalah seperti berikut: sukar untuk memberikan perhatian, sukar untuk focus untuk satu-satu perkara dalam satu masa, sukar untuk duduk diam (sentiasa mempunyai tenaga yang luarbiasa melakukan pergerakan dan kita katakan tak kenal penat!), melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibat dari apa yang dilakukan atau selalu kehilangan barang, terlupa mahupun mengingati apa yang harus dilakukan. Apa yang menyebabkan keadaan menjadi parah adalah apabila kelakuan2 mereka ini menyebabkan mereka terlibat di dalam masalah lain seperti selalu tidak menyiapkan kerja-kerja sekolah (homework), break up dengan kawan-kawan mahupun keluarga, ataupun membuatkan haru biru di dalam kelas. Pakar merasakan sekurang-kurangnya 3 kanak-kanak dari setiap 100 yang berumur 4 hingga 14 tahun menghidapi permasalahan ADHD ini, atau mungkin juga lebih daripada itu! Bagi sesetengah negara yang sedangkan life-threatening disease can go untreated, inikan pula nak mencatatkan rekod bagi permasalahan ADHD.

Selalunya apa yang orang akan kata apabila anak kita berkelakuan di luar kawalan? Bagi yang tidak memahami, jauh dari nak memberikan simpati, orang pasti berkata ibu bapanya tidak memberikan self-dicipline, mahupun mencemuh ibu bapa yang tidak mampu mengawal mereka. Orang simply boleh berkata kanak-kanak yang menghidapi ADHD ini nakal, malas, lembab dan sebagainya. Malah ahli keluarga sendiri juga boleh tahan ke apabila banyak barang-barang yang dipecahkan, selalu jatuh selalu patah riuk sana sini, tapi bila ditegur macam orang tak faham, malah terus dan terus lasak hingga menjadi nakal!

Bagaimana jika sudahlah lasak yang luar biasa, dan kemudiannya tak boleh bercakap pula? Bila diajar menulis semua nya haru biru… nak mengajar huruf semuanya jadi terbalik… b dikatakan d, p jadi q, antara m dan w pun keliru. Bila diajar tak boleh menerima pengajaran. Macamana dia nk terima…dah memang dia tak faham apa yang berlaku pada dirinya!!!! Itu yang dari ADHD kemudiannya didapati Dislexia pula. Kalau kita sebagai kanak-kanak normal, apabila kita belajar membaca, kita membaca di dalam otak kita dalam bentuk perkataan. Tapi apa yang berlaku pada yang mengalami Dislexia yang menyumbang kepada lambat membaca adalah apabila cara berfikir mereka melihat gambar di dalam otak mereka. Malah boleh melihat gambar itu dalam pelbagai sudut lagi! Ramai engineer yang menghidap Dislexia. Itu yang selalu aku katakana, di sebalik kekurangan itulah kekuatan!!!

Kalau nak lihat tanda-tanda kanak-kanak itu mengalami masalah Dislexia… cuba lihat aktiviti hariannya dan cuba kenalpasti kepelikan yang dialaminya. Contohnya, kadang kita anggap biasa bagi kanak-kanak yang tidak memakai kasut dengan cara yang betul…selalu terbalik kasut kaki kiri dan kaki kanan. Bukan itu semata! Kalau tak disiapkan pakaiannya, dia tidak tahu mencari sendiri baju yang harus dipakainya atau mengambil masa yang terlalu lama. Malah yang uniknya, andai kita dah keluarkan baju-bajunya dan dan susun tetapi susunan itu tidak mengikut susunan yang betul, maka mengikut susunan itulah dia akan memakainya. Sebagai contoh, ibunya tersalah letak kasut kanan dan kiri , maka begitulah nanti dipakainya nanti, ataupun ibunya meletakkan seluar keciknya dahulu dan kemudian seluar di atas seluar kecik, maka begitulah nanti dia akan memakainya (memakai seluar dahulu dan kemudian seluar kecik!!! - Mungkinkah Superman menghidapi Dislexia…..hehehehe lawak sampingan je…)

Perkara-perkara macam ni la yang aku fikirkan…sehinggalah aku rasa aku punyai bahan untuk menulis dan berkongsi di blog ku. Di ketika ini aku dengan research ku yang berkaitan dengan Home-School Reading Partnership. Di sebalik program membaca ini lah sebenarnya aku mendapati bagaimana sebenarnya asal-usul program ini yang mengambil kira permasalahan yang dialami sesetengah kanak-kanak yang mengalami permasalahan ADHD, Dislexia, Autism dan sebagainya. Mungkinkah dengan cara ibu bapa ‘menjinakkan’ anak-anak yang dikenalpasti potensinya sejak dari awal yang lasak dengan membaca akan membuatkan anak-anak ini akan lebih tenang dan membantu focus sebelum keadaan menjadi lebih sukar dikawal? Keadaan pastinya lebih sukar apabila kanak-kanak ini tahun demi tahun meningkat usianya dan hubungan antara anak dan ibu bapa yang semakin renggang. Maka di sinilah inspirasi penyelidikan ku…cuba untuk mewujudkan satu terapi dengan memberika keyakinan kepada ibu bapa itu sendiri berbantukan ilmu lain dan juga pembelajaran di sekolah bagi memahami permasalahan anak-anak dan seterusnya membantu anak-anak berjaya di dalam hidup mereka. Berjaya di sini begitu besar skopnya…. Rasa bahagia hasil dari hubungan ibu bapa dan anak mempunyai 1001 rahsia di sebalik sebuah kejayaan seorang anak!

Apa yang aku harapkan semoga aku dapat meneruskan pengajian ku ini dengan baik dan mampu nanti aku mendalami lebih lagi permasalahan-permasalahan sebegini. Malah lebih pentingnya aku ingin menimba pengalaman dari sokongan yang diberikan oleh Headteacher di sekolah anak-anak ku. Aku sangat berbangga Mrs Sendorek kini adalah Dr Sendorek, seorang guru besar di sekolah rendah yang mempunyai Kedoktoran! Beliau lah sumber inspirasiku. Anak-anak ku juga nadi inspirasi ku. Adib suamiku tulang belakang inspirasiku. Inilah azam ku bagi tahun 2010 yang akan datang ini dan sekian aku menutup tirai 2009. Semoga kejayaan demi kejayaan bakal menjadi milikku…….Aku mendoakan kita semua memperoleh kejayaan hendaknya....dan keberkatan dariNya....

-------------------------------------------------------

27 Disember 2009

Aku ingin menambah sedikit perkongsian di sini... Agak lama juga satu post berkaitan OCD yang aku sharekan di blog ku ini : masalah was was dan penyakit mental ocd: yang seingat aku Januari 2009 yang lalu. Dan dalam masa yang sama, aku memantau traffic ke blog ku yang saban hari ada saja mungkin jangkaannya tersasar mahupun ingin mencari jalan penyelesaian di atas masalah yang dihadapinya yang membawanya ke blog aku. Contohnya, pencariannya di google ingin mencari rakan yang sama minat dengannya, tapi membawanya ke blog aku yang rupanya untuk menyedarkannya pula. Apa pun reaksinya membaca Hanya Allah jualah Yang Maha Mengetahui...mungkin dia di dalam pencariannya dan digerakkan ke blog aku. Di bawah ini adalah contohnya:

Penang, Pulau Pinang arrived from google.com on "BERPETUALANG KE UK: FENOMENA Generasi Muda Ketagih Seks" by searching for rakan seks.

Pencarian-pencarian begini menggunakan berbagai kata kunci semasa mencari..ada yang ketagih la, tidak kurang juga ayat-ayat yang lain yang tidak mampu sebutkan di sini.

Kasihan kan.... kasihan sungguh dengan permasalahan remaja-remaja kita....

Namun apa yang ingin aku kongsikan di sini yang berkaitan dengan post aku yang cuba memberikan pengenalan akan permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang membawa kepada mereka menjadi nakal dan hilang arah. OCD mungkin diagnos ke atas dewasa...tetapi sewaktu mereka kecil, nama-nama seperti autism, dislexia, dispraxia, ADHD dan sebagainya nya ianya bermula yang kadang kala kita terlepas pandang.

Dengan anda membaca masalah was was dan penyakit mental ocd ini nanti akan membawakan kepada suatu perkongsian oleh pembaca yang ingin berkongsi apa yang pernah dilaluinya. Selamat membaca dan sudi-sudilah berkongsi di ruangan ini.



Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hampirlah sudah kita ke penghujung bulan Ramadhan yang mulia buat tahun ini. Alhamdulillah dengan persiapan hari raya yang tidak kurang meriahnya di Windsor ini, dan mungkin agaknya lebih sibuk lagi kami di sini sebab kuih raya kena buat sendiri...

Kami ingin mengucapkan Salam Lebaran melalui video yang kami rakamkan ini...beserta suasana sibuk kami di sini...he he he



Suasana membuat kuih tart di rumah kawan...berkongsi membuat kuih tat...



Sibuk sekeluarga membantu persiapan nak buat kuih raya....



Sibuk memasukkan kuih di dalam balang raya



Dan akhir sekali...sibuk dengan anak-anak nak buat kuih mereka



Dan tak lupa.... hadiah setelah sibuk.... Zahin buat lawak joget Melayu yang di modenkan



Dan ini better version of Joget Pahang dari anak-anak....



Dan sempena bakal menyambut Hari Raya yang bakal menjelang ini juga, sebenarnya suatu rasa di atas pemergian insan tersayang...Allahyarham Abd Rahman bin Langib, abah suamiku... Hari Raya pertama kami tanpanya... Kami merinduimu Abah and Atuk...Al Fatihah...

Friday, September 11, 2009

Vygotsky & Bruner : pembelajaran yang tersirat di sebalik yang tersurat

Pagi tadi aku ke Holly Class sepertimana hari Rabu dan Khamis. Miss Hathaway terlupa nak beritahu yang Jumaat mereka ada timetable mengejut..Holly Class akan ada tag rugby menggantikan literacy dan literacy dibawa ke sesi lepas playtime. Jadi Miss Hathaway mencadangkan sekiranya aku ada perkara yang aku ingin lakukan, ianya terpulang untuk aku stay until after 11...atau tidak. Aku pun rasanya better aku balik..sebabnya penulisan aku di blog masih belum siap lagi berkaitan Carpet Time.

Aku sempat berjumpa sekejap dengan Mrs Sendorek, the Headteacher. Sempat aku nak confirm apa yang aku andaikan approach yang digunakan di dalam pembelajaran iaitu Vygotsky. Betul!!!! Mrs Sendorek memuji ku....(kembang seketika hehehehe). InsyaAllah hari Selasa nanti selepas waktu sekolah kami akan berbincang berkaitan learning process ini. Mrs Sendorek meminta ku membaca satu lagi teori yang diperkenalkan oleh Jerome Bruner.

Balik sahaja di rumah sempat aku menjengah sedikit di bahagian introduction teori Bruner. Ada beberapa point yang menarik perhatian ku, antaranya : 'it addressed the concern of educators about the rule of knowledge in an age increasingly over-burdened by knowledge and sources of information'. Perkara over-burdened by knowledge itu yang begitu menarik perhatian sekali... Sama seperti apa yang aku perolehi berkaitan permasalahan kebimbangan berbahasa Inggeris 'Another academic effect (debilitating effects of language anxiety) can be referred to as ‘overstudying’ (Horwitz et al. 1986). Students may notice that they do not perform well because of anxiety arousal (Eysenck, 1979). As a result, they may feel the need to ‘compensate’ for the negative effects by increasing their effort in learning and studying (Price 1991). Many students with lower levels of achievement often complain that the level of both their performance and achievement does not reflect the amount of work and time they invest in language study — a phenomenon prominently noted by Price (1991) after interviewing a number of highly anxious language learners.'

Adakah over-burdened dan over-studying ini boleh kita relatekan? Cuba berikan pandangan kalian nanti....

Sebab apa aku melihat perkaitan di sini berdasarkan pemerhatian pembelajaran yang tidak terlalu padat sepertimana di Malaysia yang terlalu mengejar silibus. Artikel beberapa hari ini aku cuba menceritakan secara jelas betapa semasa Carpet Time bukan setakat guru boleh mengambil seberapa lama masa yang boleh semasa register dan mencatatkan lunch, malah kerja-kerja tugasan lain yang diberikan bukanlah melibatkan perkara-perkara yang membebankan otak. Ini juga dapat aku kaitkan dengan isu permasalahan kebimbangan berbahasa Inggeris di mana pembelajaran di Malaysia yang berasaskan penggunaan daya ingatan bagi mengingati fakta semata untuk menjawab peperiksaan.

'In terms learning strategies, it is worthy discussing about the emphasis of memorization in the Malaysian culture. Memory is regarded as fundamental during the learning process. Malaysian students are used to remembering exact and correct details. For instance, they may memorize elegant language as models and employ them in their speech given in English (Hill, 1991; Wette and Lee, 1991). Having English conversation in authentic situations can be difficult for Malaysian students to cope with because it requires them to create exchanges spontaneously according to the context instead of retrieving their memories based on model (Anderson, 1993). Such an emphasis on models may also contribute to unrealistic beliefs of students in learning English, which may give rise to language anxiety.'

Learning English di Malaysia dan learning English di UK begitu besar bezanya dari segi relaks nya seseorang pelajar itu belajar. Di Oakfield First School ini menggunakan material yang mudah tetapi cukup berkesan di dalam menjadikan pelajarnya ke arah tabiat suka membaca, suka mendalami ilmu, suka pergi ke sekolah. Tetapi kita di Malaysia as a result of greater emphasis is placed on passing and having good grades in exams than the learning process, Malaysian students tend to be more likely to thrive on competition due to the emphasis on academic performance.

Satu lagi point yang menarik perhatianku berkaitan symbolic mode which he suggests that children represent experience through a range of symbolic system. Ini aku fahami berdasarkan begitu banyaknya symbolic di dalam setiap process pembelajaran mereka. Apa sahaja komunikasi antara guru dan pelajar semuanya begitu simbolik sekali yang mempunyai mesej tertentu dengan keberkesanan yang mendalam.

Bruner juga memberi penekanan kepada aspect kebudayaan...'culture shapes the mind... It provides us with the toolkit by which we contruct not only our worlds but our very conception of ourselves and our powers.'

Bruner juga melihat pendidikan adalah bermula sejak dari awal kelahiran lagi di mana fokusnya kepada interaksi ibu-anak di mana pentingnya social and playful interactions antara dewasa dan anak kecil di dalam menyokong perkembangan bahasa anak tersebut.

InsyaAllah semua ini akan cuba aku jelaskan beserta contoh pembelajaran di dalam kelas di dalam posting berikutnya yang berkaitan pembelajaran huruf seterusnya iaitu 's'......

Sila berikan pandangan anda...mungkin berdasarkan pengalaman over-burdened atau over-studying.... pengalaman pembelajaran daripada guru atau pensyarah senior yang berpengalaman yang tidak terlalu mengejar silibus tetapi lebih mengutamakan pemahaman yang menyeluruh dan sebagainya... Pandangan kalian sangat saya hargai..terima kasih...

Carpet Time - Part 2 : is quite a symbolic way

Suasananya begini...

1) Guru akan duduk di kerusi dan pelajar-pelajar duduk bersila (must be on their bottom...why? untuk elakkan mudah nak bangun sekiranya pelajar duduk atas lutut...contohnya kalau bersila pelajar2 angkat tangan just angkat tangan...tapi kalau duduk atas lutut, masa angkat tangan kalau cikgu tak nampak, mudah je nak angkat punggung dan berdiri lutut).

2) Pelajar duduk secara rapat antara satu sama lain. Bukankah lebih mudah nak cuit mencuit antara satu sama lain nanti? Memang mudah pun... Mulalah yang duduk belakang mencuit-cuit kepala atau belakang orang depan... mulalah rambut orang depan ditocangkan dan sebagainya. Kalau dah tahu begini tapi mengapa masih buat? Kerana inilah cabaran yang guru-guru ambil untuk mengajar disiplin fokus dan memberi perhatian sepenuhnya kepada guru.

Peranan guru begitu penting di dalam memberikan suatu suasana yang membentuk disiplin pelajar. Komunikasi yang berulang tetapi cukup tegas adalah amat penting bagi memberikan mesej tertentu.

'Can I see all single eyes looking at me?'
'oooohhh..I see your ears..when you are not looking at me, I only can see your ear..'
'Mike..please keep your hand to yourself'
'I know that you are not looking when I can see the back of your head'

3) Tempat duduk juga boleh ditentukan bagi membantu mudah mengingati pelajar. Maknanya apabila pelajar diberikan tempat duduk yang sama, maka mudah semasa memanggil nama pelajar tersebut dan melihat satu tempat duduknya (tidaklah melilau mata berpusing mencari pelajar tersebut di dalam kelompok 30 pelajar yang duduk di hadapan guru). Mungkin ini juga practise yang mudah untuk mengenali pelajar walaupun mulanya kita melihat mereka sama sahaja (ni pengalaman mula-mula dulu...aku nampak anak English muka sama jer..susah nak cam...)

4) Register dibuat 2 kali sehari. Bermakna guru akan memanggil pelajar di sebelah pagi dan juga petang. Dengan setiap hari melakukan begitu, bukankah guru boleh melihat perubahan cara bercakap misalnya (sekiranya ada perubahan dari segi mood dan reaksi menyahut pertanyaan guru)

'Lisa, you sound so different today... Are you not feeling well?'
'Wow... you sound very happy and excited...is there anything that you would like to share with me and everyone?'

Inilah antara rahsia guru boleh kenal semua pelajar nya. SEMUA!!!!

5. Register bukan sekadar untuk menandakan kedatangan semata. Malahan juga untuk merekodkan lunch pelajar. Oleh kerana di UK ini bukan sepertimana di Malaysia yang ada kantin boleh membeli makanan sendiri. Ibu bapa beri duit dan pelajar akan beratur dan membeli makanan atau pun membawa bekal dari rumah. Tetapi semasa sesi Carpet Time juga berlaku interaksi siapa yang bawa bekal dan siapa yang akan makan hot lunch.

Seperti biasa guru akan membacakan menu untuk hari tersebut. Bukan simple menu mereka ni...siap bertukar2 tiap2 hari dan pelbagai pilihan. Namun pilihan ditetapkan mungkin 3 pilihan sahaja. Maka guru akan membacakan menu sebelum mana pelajar yang akan memilih hot lunch membuat pilihan.

Mrs Smith membacakan menu samada Chicken Grilled or Vege Pasta misalnya...(sebelum tu diterangkan apa dessert yang lain yang turut sama bersama main menu). Untuk membuatkan budak memberikan reaksi, Mrs Smith create suatu suasana dengan berkata 'wowwww.... I should look at this menu before I prepare for my sandwich this morning'. Pelajar jelas menunjukkan reaksi seolah begitu tak sabar nanti nak lunch.

'Who's going to have Chicken Grilled please stand up....'. Mana yang berdiri akan direkodkan namanya satu persatu. 'Now...who's going to have Vege Pasta please stand up' juga nama dipanggil dan pelajar akan duduk apabila nama dipanggil. Apabila guru faham pattern pelajar yang mana boleh makan meat mana yang hanya boleh vege, tetapi tiba-tiba hari itu meminta Chicken Grilled, dengan segera guru boleh perasan..

Teacher: Are you sure that you only allowed for vege?
Children: I forgot.
Teacher : Well...we check it out for you then...
(Ini penting sangat...sebab budak2 baru berusia 5 tahun mungkin boleh berlaku terlupa apabila mendengar kawan2 lain memilih Chicken Grilled)

Teacher: Now...I should count how many of you is going to have packed lunch. But before that how about we count 7 children is going to have Chicken Grilled and 2 children is going to have Vege Pasta. Which has the most?
Children: Chicken Grilled
Teacher : yes... 7 is bigger than 2. So... make 7 in your head.... (dengan aksi sekali seolah meletakkan sesuatu di dalam kepala)..and add 2 ...(guru dan pelajar membaca beramai-ramai...) seven... eight, nine...(dengan mengira dua jari yang dikeluarkan).

Teacher: We have 9. Right... now I am going to count how many of you is going to have packed lunch. Because today 29 of you in front of me (cara counting sama juga digunakan sekiranya ada pelajar yang tidak hadir), so I need to do the counting in my head as you are not learning it yet how to do the counting which you you will learn it later.

Teacher : I think it must be 20 here that's going to have packed lunch. Which is 29 minus 9 make 20. Let we have a look to see if I am right. Let whoever pack lunchers to stand up...

Pelajar pun berdiri...

Teacher: I am going to do some pointing which is people not like people to point at them. But my pointing is to do the counting. (No wonder la aku tengok kalau Miss Hathaway main pegang kepala semasa mengira..rupanya mereka ni tak boleh main tunjuk2 tapi pegang kepala tak per dalam budaya mereka. Yang kita pulak, tunjuk takper, pegang kepala jangan!!!)

Jadi semasa guru menunjuk jari kepada pelajar, pelajar akan sebut nombornya...1 (duduk), 2 (duduk), 3 (duduk) dan seterusnya...

Pelajar terakhir yang berdiri : 19

Teacher: Ohhh dear...... Is it me that is wrong? We have a little problem then..We have one person who didn't telling us.

Pelajar ni sangat aware sebenarnya. Mereka kata Fynn yang lupa (yang kelakarnya budak tu sendiri pun tak ingat dia bagitau ke tidak...tapi kawan2 yang tunjuk kat dia kata dia lupa)

Teacher : Fynn..did you forget to stand up?

Dan setelah itu pujian diberi.

Teacher: Thank you for telling us. If not, the cook will not cook dinner for you (memang pelik lunch ni awat mereka habaq dinner) and you will be very hungry


Kesimpulan posting ini : Apakah perkara-perkara yang anda perasan yang saya katakan simbolik di sebalik Carpet Time ini???

Thursday, September 10, 2009

Carpet Time - part 1 : as a way of teacher-student communication

"We nearly to the end that nobody was talking. And I am very impressed for you sitting really beautifully. It is very important to make sure to count everybody. So when you not talking, it is easier to make sure I can count everyone without a missed. We need to know exactly how many of children in this class. For example is there's fire.............." bla bla bla bla bla....

Itulah antara komunikasi yang dilakukan oleh guru kelas sewaktu Carpet Time. Segala mesej cuba disampaikan...segala perkara akan diulang-ulang agar setiap apa yang dilakukan difahami oleh pelajar.

"So it is same apply to adults, not just students"...Mrs Smith bercerita pula kisah2 yang berkaitan dengan perkara utama yang diceritakan mengenai pentingnya pelajar-pelajar memberikan kerjasama yang baik semasa registration dilakukan, baik awal pagi mahupun selepas break time. Walau kadang kita rasa perkara yang berlaku tidak begitu penting perlu diceritakan pada pelajar, tapi pendekatan pendidikan mereka ini berbeza. Malah apa jua yang berlaku dalam harian harus dikongsikan bersama dengan pelajar. Kalau kita kisah guru lain mungkin kita tak kongsikan dengan pelajar bukan? Ini siap Mrs Smith bercerita bagaimana semalam salah seorang Teacher Assisstant(TA) nya keluar daripada kelas dan terlupa memberitahu beliau. Mrs Smith menerangkan betapa penting kita sebagai satu team, kalau hendak ke mana-mana perlu memberitahu rakan yang lain. Jadi di dalam kelas, apabila hendak keluar even ke toilet perlulah memberitahu guru kelas atau TA agar adults tahu di mana pelajar tersebut berada. Mrs Smith menerangkan betapa penting keselamatan kita semua dan ianya adalah tanggungjawab bersama...

Perghhhh...tu dia.... Kalau anak-anak kita nak tak dengar penerangan panjang lebar begini? Sure dah tarik muka dan mengajukkan mulut pot-pet pot-pet tu... Sebabnya anak-anak kita tak biasa dengan komunikasi begini. Komunikasi dalam keluarga sendiri pun mereka tidak biasa...apatah lagi di sekolah!

Tak habis dengan itu... ada lagi perkaitan dengan perkara lain juga iaitu di dalam nak menggalakkan pelajar ini masuk ke dalam kelas tanpa parents perlu ikut sekali masuk hingga ke kelas. Aku melihat setiap perkara yang ingin diterangkan, mereka cukup pandai mencari perkaitan.... Aku sampai dalam otak aku ni merasakan bagaimana dalam otak anak-anak kecil ni neuron-neuron mereka bersambungan antara satu sama lain dengan aktifnya...perjalanan maklumat pun berjalan dengan begitu lancar sekali...Mereka dapat menerima perkaitan setiap apa yang ingin diberitahu dengan mudah kerana dapat relatekan satu maklumat baru dengan maklumat yang sudah sedia ada di dalam otak mereka. Inilah yang dikatakan pembelajaran, bukan? Inilah yang dikatakan latihan pemikiran...sesuatu perkara diutarakan yang mampu membuatkan kita mampu berfikir semula...walaupun budak-budak kecil seawal usia 5 tahun...

'I am going to give sticker to whoever came to the class on their own this morning'. Ada sorang angkat tangan...'my mum came in with me but only halfway...and I get into classroom on my own'... Aku melihat bagaimana kaedah yang digunakan mengajar budak berterus terang. Ya...dia memang masuk ke kelas dengan mummy nya..tapi tak sampai abis ke bilik kelas...Budak ini aku nampak dia cuba nak bertanya bagaimana dirinya boleh tak di consider masuk ke kelas sendiri. Dan Mrs Smith boleh baca apa di fikiran anak ini. Tapi yang menariknya Mrs Smith meminta pandangan kelas pula adakah kita boleh mengambil kira untuk dapat sticker atau tidak? Mrs Smithn bertanya kepada pelajar-pelajar lain dan juga kepada adults yang ada di dalam kelas. Keputusannya...ya boleh dapat sticker...tapi dengan syarat esok kena pastikan mummy just stay outside dan dia berani ke kelas sendiri. Mrs Smith mengajar budak tersebut membuat keputusan tersebut dan mencapai kata sepakat bersama. Inilah yang kita tak ada!!!!! Inilah yang perlu kita wujudkan untuk menghindarkan anak-anak kita daripada belajar berbohong....mengajar pentingnya berterus-terang.

Ramai sungguh yang mengangkat tangan sewaktu ditanyakan siapa yang kelas sendiri hari ini. 'It's a good job..so many of you able to come in by yourself. And because of that Miss O'dell will be very busy to give so many stickers, will she?' Tergelak sendiri aku mendengar ayat Mrs Smith tu... Macam sampai cam tu sekali dia leh create komunikasi dengan budak-budak ni...

Sesi register di awal pagi ini adalah bagi merekodkan kehadiran pelajar. Malah sesi ini juga digunakan bagi tujuan komunikasi. Setiap nama akan dipanggil dan pelajar akan menyahut 'good morning, Mrs Smith' sebagai membalas ucapan 'good morning' dari guru. Kalau ada 30 pelajar, maknanya guru akan mengucapkan 30 kali good morning juga dan menyebut nama pelajar tersebut. Bukankah cara ini akan secara semulajadi guru dapat mengingat setiap pelajarnya. Mana yang mungkin tidak datang semalam kerana tidak sihat, maka pagi esoknya semasa pelajar tersebut menyahut bolehlah ditanya how's he doing today contohnya. Guru dapat menunjukkan rasa concern pada pelajar tersebut yang disaksikan oleh pelajar yang lain.

Pendekatan Vygotsky agaknya yang digunakan yang menekan perkembangan sosial melalui komunikasi

Kalau mengikut Lev Vygotsky, social and cognitive development work together. Dalam approachnya memberikan penekanan kepada peri pentingnya families, communities and other children di dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Vygotsky melihat bagaimana bahasa digunakan as one of a range of cultural tools or tools for thinking which we learn from others and use with others in thinking and learning. He also thought that play and imaginations were important to development and learning.

Berdasarkan pengamatan akan pembelajaran di sekolah anak2 aku melihat seolah mereka menggunakan approach Vygotsky ni. Aku bukanlah nak mengagungkan theorist ini...lebih lagi mengetahui Vygotsky's family were middle-class Jews yang mana ayahnya bank manager tetapi seorang dermawan. Dari kecil lagi mendapat pendidikan daripada private tutor sehinggalah sebelum ke Jewish grammar school which prepared pupils for entrance to university. Anak2 Jewish sepertimana yang kita ketahui very intellectual tak terkecuali Vygotsky with wide range of interests and graduated from school with honours. Only 3% of university intake were Jewish and places were allocated through a draw (pergghhhh...susahnya...ikut nasib jugak...). Dapat masuk university di dalam bidang medicine but he switched to law (hehehehe.....cam aku lah now dah bertukar bidang...tapi tak cam Vygotsky first term lagi dah berani buat keputusan bertukar bidang!!!)

Bukan itu sahaja...dalam masa yang sama belajar Law, Vygotsky juga enrolled at the private university where he studied history, literature and philosophy. Then mula berjinak dalam banyak subjek lain termasuklah theatre and was an aspiring literacy critic.

Pengalaman hari ini lebih menarik lagi... Aku cuba mendalami pendekatan yang digunakan..cuma belum lagi sesi bertanya kepada Miss Hathaway dan Mrs Smith...insyaAllah Miss Hathaway sudah pun bersetuju untuk aku kemukakan apa jua soalan berkaitan yang mereka gunakan... harap2 dapatlah nanti aku rakamkan di video untuk di share bersama...

Posting hari ini ingin aku bercerita lebih lagi berkaitan Carpet Time..Mungkinkah anggapan aku yang sekolah ini menggunakan teori Vygotsky? Mungkin ya bagi sebahagian dan mungkin pelbagai approach lain yang digabungjalinkan. Di sebalik tools Carpet Time itu yang aku maksudkan menggunakan teori Vygotsky... Carpet Time tu aku kena tanya sendiri Mrs Sendorek ke Miss Hathaway ke Mrs Smith ke camana mereka boleh implement kat tiap sekolah rendah dan nursery (sekolah menengah aku have no idea...aku mengikut apa stage anak2 aku je dulu...)

Hari ini Mrs Smith menggantikan Miss Hathaway bagi subjek literacy dan juga registration di awal pagi. Walau ada perbezaan sedikit dari segi cara masing-masing, tetapi yang penting basic approachnya tetap sama.

Mula-mula Mrs Smith memperkenalkan dirinya yang menggantikan Miss Hathaway. Mrs Smith menerangkan timetable nya yang akan selalu flexible dengan Miss Hathaway yang akan workout diary antara mereka. So being flexible is that all about being in big school, kata Mrs Smith. Selain daripada Mrs Smith as adults di dalam kelas, ada juga adults lain dan menyebut namaku. Siap bercerita lagi yang beliau sedang belajar lagi dan ada dua subjek yang beliau kena belajar term ini...dan begitu juga aku. Ini dikaitkan pulak dengan life-long learning apabila nanti anak-anak ini menjadi adults. Aku terpegun betul la... bercerita details pada budak-budak umur 5 tahun!!!

Inilah yang aku beranggapan mereka ini menggunakan teori Vygotsky. Vygotsky emphasized the significant role that language plays in the development of abstract thought. He believed that children's language was sosial in origin because it arose in interaction between the child and others. Vygotsky melihat pengalaman bercakap dengan orang dewasa about familiar everyday experience as crucial, yang ianya bukan setakat membina knowledge of language tetapi juga for an awareness of particular ways of thinking and interpreting their own experiences.

'Children solve practical tasks with the help of speech as well as with their eyes and hands. The idea that children observe conversation and that is the unity of perception, speech and action which leads them to make sense of situations'. Bagaimana semalam aku menceritakan pergerakan tangan pada bibir nak menyebut 'a' dan pergerakan ant di atas tangan juga merupakan pendekatan Vygotsky juga agaknya. Sebabnya Vygotsky believed that bercakap is necessary to clarify important points but also that talking with others help us to learn more about communication.

Ya...komunikasi itu yang kita semakin kurang. Kita lebih fokus kepada facts yang ingin disampaikan.... Kita semakin kurang di dalam menerangkan perkara-perkara details... Aku melihat ini di dalam Mrs Smith nak menerangkan timetable untuk hari ini yang masih nak bercerita berkaitan adults yang lain yang mereka akan jumpa selain beliau dan aku. 'You are going to see Mrs Blundell and Mrs Rose... so some of you will be doing PSHE and some will be doing computer'. Dan apabila anak-anak ini semuanya begitu baik sekali mendengar, kata-kata pujian diberikan dengan begitu details juga. 'I'm very impressed of you for sitting beautifully. I've been in Cherry Class yesterday, and you are the youngest in this school but really sitting beautifully'. Sebelum tu juga aku mendengar bagaimana Mrs Smith mengakui nak minta maaf sekiranya belum lagi dapat mengenali semua pelajar-pelajar (I really do ask for apologize that you need to bear with me that I don't really remember some of you...). Juga tidak malu untuk meminta tolong dari anak-anak ini (berusia 5 tahun ini) untuk membantu (You have to help me if I can't find your name yet!).

InsyaAllah sambungan ini nanti aku ingin menceritakan mengenai di sebalik Carpet Time... (InsyaAllah..please bear with me....cuba yang terbaik dalam nak berkongsi cerita...harap2 dapat memahami apa yang cuba diterangkan ini..)

Wednesday, September 9, 2009

Perkara yang ibu bapa lakukan yang kita tidak sangka boleh membawa kepada satu pembantutan pembelajaran, malah sehingga dewasa...

Selingan kejap yer... cuba lihat iklan-iklan yang saya paste dari you tube ni... dan cuba komen apa pandangan anda... (Sekiranya di facebook tidak keluar, sila klik di sini yang akan membawa ke blog BERPETULANGkeUK)

Are you doing the right thing for your kid's development?





Many children lack proper motor development and learning skills. The negative effects watching television and playing computer games are tremendous and mostly not recognized. Electronically generated input deprives children from sufficient opportunities to fully and naturally develop their sensory organs, brain and nervous system, personality, etc. This effects child development, learning development, vision development and motor skills substantially contributing to the development of learning disabilities, ADHD, ADD, difficulties language development, behaviour problems etc. We have to be cautious and become aware of the dangers of widespread and not recognized threats for early childhood development.

Susah sangat ke nak belajar huruf 'a'? Kita satu hari boleh A sampai Z daaa.....

Ya...susah sangat ke nak belajar satu-satu huruf atau abjad abcd ? Suruh je budak-budak hafal udah ler.. Hafal pulak tu dari a ke z... kena ikut susunan..tak ikut susunan maknanya salah cara baca abcd..

Hari ini hari pertama selepas Summer Holiday yang aku dapat stay di dalam classroom semula. Hari Isnin baru2 ni aku telah dapat menjalankan tugas ku dalam merekodkan bagaimana instructions yang diberi oleh pihak sekolah kepada ibu bapa. Penekanan Reading Workshop adalah kepada pelajar baru Year 1 yang berusia 5 tahun.... kerana reading adalah level pertama yang anak2 ini perlu develop untuk ke year yang seterusnya.

Apa menariknya Reading Workshop ini adalah bagaimana Headteacher dan Class Teacher menerangkan bagaimana proses pembelajaran yang berlaku di dalam anak-anak kecil mula-mula membaca. Ianya bukan secara magik terus boleh membaca. Ianya adalah hasil bagaimana pembentukan memory di dalam mental knowledge anak-anak ini. Sungguh menarik Mrs Sendorek menerangkan bagaimana sebenarnya di dalam proses membaca orang dewasa mereka bukanlah sebenarnya membaca...tetapi mereka sebenarnya hanya scanning the text... dan berpandukan memory of knowledge yang sudah terbentuk maka kita boleh mengagakkan apakah yg tertera. Maka begitulah study yg dijalankan di dalam memahami bagaimana kanak-kanak membaca...

Dan dari situ jugalah bermulanya teknik membaca yang dipanggil 'Look and Say'... iaitu dengan hanya melihat sahaja perkataan yang diberikan kita sudah tahu apakah perkataan tersebut. Dan lebih menariknya...bergantung kepada jenis bahan bacaan, kita sebenarnya faham apa yg kita baca cuma 40% sahaja... Mrs Sendorek memberikan berbagai contoh..misalnya kenapa buku text dan journal perlu dibaca berulang2... kerana apa yang kita faham semasa sekali lalu baca hanyalah 20% sahaja... Maka kita perlu membaca berulang kali bagi dapat memahami sepenuhnya.

Bagi proses pembelajaran membaca juga amat berbeza setelah mengkaji faktor2 yang dinyatakan di atas. Mereka tidak mengajar A to Z... sebaliknya mereka memilih abjad tertentu buat permulaan dan terus berpandukan abjad2 tersebut membina keyakinan terus kepada pelajar. Maksudnya begini.... dalam minggu awal persekolahan, mereka hanya akan belajar 3 abjad sahaja seperti S, A dan T.... di akhir minggu pelajar mula mendapat confidence mereka menggunakan abjad2 ini membentuk perkataan 'sat'...

Hari ini aku dapat melihat bagaimana huruf 'a' ini diajar... perggghhhh.... banyak lah pulak pendekatan nak mengajar huruf 'a' ni...renyah betul aku rasa....

Nak memperkenalkan huruf 'a' perkara pertamanya Miss Hathaway meminta pelajar draw their finger round their mouth... This is how we say 'a'...sambil membuat pusingan di bibir yang terbuka luas menggunakan jari telunjuk.... Semua budak2 mengikut dan dilakukan berulang2...

'a' as in ant.... sambung Miss Hathaway lagi... ant crawling up the hand sambil melakukan aksi2 semut merayap naik ke atas lengan...dan budak2 mengikut berulang2... Huruf 'a' yang digerakkan di atas magnetic board di keluarkan dari senarai abc.....

'a' as well as in apple, sambil Miss Hathaway menunjukkan material yang sudah terlekat di dinding. Komunikasi tentang huruf 'a' juga cukup details dan Miss Hathaway meminta anak-anak ini memberikan pendapat mereka.

Setelah huruf kecil dikenalkan, Miss Hathaway perkenalkan huruf besar pula. 'A' as in someone's name. Do you know anybody that their name start with 'A'? Riuh la nak bercakap masing-masing...Mana yang nama mereka tak bermula dengan huruf A sibuk juga mencari nama orang lain yang bermula dengan huruf A... 'Oh...my brother's name start with A....'. Miss Hathaway menerangkan little 'a' dan bertanya who has little 'a' in their name?

Practice menulis huruf 'a' dan 'A' pula. Mereka di sini menggunakan tulisan sambung seawal persekolahan. Mrs Sendorek pernah share dengan aku kisah kenapa mereka menggunakan tulisan sambung ni. Sebabnya bagi pelajar yang ada masalah membaca, mereka tidak dapat membaca perkataan as individual letter.... Contohnya, macam kita nak eja saya...kita akan ajar budak s.a.y.a (es a sa wai a ya... saya)... tapi inEnglish tidak begitu... kerana English language bukan transparent macam bahasa kita... Kerana mereka banyak sumber berdasarkan 'invaders' kata Mrs Sendorek yang datang ke UK...English language ada yang berdasarkan Greek, Roman dan sebagainya... Mereka ada banyak cara membaca English...cara mengeja takkan sama berdasarkan macamana bunyiknya... (memang detail lah nak cerita pasal English language ni...insyaAllah aku buat posting khas berkaitan ini ya...)

Cara nak ajar menulis sambung bagi huruf 'a'...

1. Miss Hathaway menulis dulu di white board dan meminta pelajar mengikut apa yang disebut
'flick up... round...stop, all the way back round...up....down and flick'...
2. Lepas tu Miss Hathaway meminta secara berpasangan menulis 'a' di belakang badan kawan...mana yg duduk depan menulis di atas angin sambil memberi arahan dan pergerakan 'flick up... round...stop, all the way back round...up....down and flick'...
3. Miss Hathaway menerangkan penting practise....'can you do the practise at home...u can find an adult's back and practise writing a on their back'...because learning is about practise
4. Miss Hathaway kemudiannya meminta mereka ke meja masing2 di mana di atas meja sudah disediakan white board kecik, pemadam dan pen marker. Mereka practise di white board pula sambil Miss Hathaway meminta mereka mengikut arahan 'flick up... round...stop, all the way back round...up....down and flick'... (siapa yang menyiapkan keperluan di meja....teacher assisstant la...)

Semua aktiviti sebelum di meja masing2 adalah di atas carpet dengan pelajar duduk bersila. Mereka panggil 'Carpet Time' di mana semua duduk berkumpul di hadapan guru...Guru duduk di atas kerusi dan pelajar bersila di atas carpet..

Selepas aktiviti di meja, pelajar dipanggil kembali ke carpet untuk menerangkan bagaimana contoh2 perkataan lain yang menggunakan 'a'. Selepas itu pelajar diminta kembali ke meja setelah teacher assisstant menyiapkan meja mereka dengan puzzle.

Cerdik betul puzzle... bagus sungguh material utk belajar membaca ni... (nanti ada kesempatan aku akan amik gambar material2 yang digunakan ni...)

Begitu banyak proses pembelajaran yang berlaku di dalam nak belajar satu2 huruf... Apabila guru memberikan arahan, mana yang tidak mendengar arahan akan ditegur dan semua dikehendaki memahami kenapa pentingnya mendengar arahan.

Guru begitu control suasana pembelajaran... sebabnya anak2 melihat guru sebagai seorang with full of knowledge..maka mereka mendengar tiap patah perkataan itu...

Kesimpulannya setelah membaca posting ni.... lain tak dengan cara kita dulu2 belajar abc????

Saturday, September 5, 2009

Bila diri ini dihargai, aku ingin memberi lebih lagi......

Alhamdulillah.... sengih sorang aku semalam apabila membaca neswletter anak dari sekolah...

Curriculum Information Evenings

For parents of ALL children new to school:
Reading Wokshop Monday 7th Sept 8:00-9:30pm

We look forward to seeing all parents of children who have started at Oakfield this term at our Reading Workshop where we explain how you can support your children's learning in reading and maths.

For many years now, I have kept exact records of the attendance at this workshop, and I am currently researching in partnership woth our Educational Psychologist into the correlation between children on our Special Needs Register and children whose parents who have chosen not to attend the workshop. It is clear from the research that attendance is crucial to children's progress.

Ideally, both parents should attend, but if this is not possible, please ensure that at least one of you comes. You are most welcome to bring a grandparent or other significant adult who might hear your child read regularly.

Adussss.... terharunya Mrs Sendorek bilang aku Educational Psychologist...sedangkan beliau tahu aku baru je abis Graduate Certificate jaaa.... MA baru nak proceed this term...waaa... syahdu...syahdu...syahdu bangeetttttt..... InsyaAllah akan aku cuba yang terbaik untuk menjalankan amanat dan tanggungjawab yang diberikan kepada ku...dan yang penting menuntut ilmu dari seorang yang begitu tinggi ilmu kepemimpinannya...tapi begitu humble jer...dan begitu pemurah ingin berkongsi dengan ku.

Isnin 7th September ini nanti insyaAllah akan aku rekodkan Reading Workshop tersebut untuk aku jadikan contoh buat negara ku Malaysia. Begitu juga nanti dengan Curriculum Evening 14th Sept for Year 3/4 dan 21th Sept for Year1/2. InsyaAllah ada banyak lagi akan menyusul... Individual Learning Conferences, Wider Opportunities Music Scheme, National Math Reserach Project.... Terima kasih ya Allah......syukur ku padaMu...

Friday, September 4, 2009

Menyusun misi mengatur langkah merealisasikan impian





Thursday, September 3, 2009

Menunaikan janji dan tanggungjawab pada diri ingin berbakti kepada pertiwi










Monday, August 3, 2009

Misi balik kampung 2009.... hohoho balik kampung....hohohoho....



Alhamdulillah...

Banyak jugak barang yang dah di packed... tapi banyak jugak nanti kena rombak balik mana baju2 yang patut ditinggalkan untuk memasukkan barang last minute lain...



Mana tak banyak.... anak buah aku je yang aku sempat jumpa masa balik last time ada 3 orang (tambah lagi belah Adib ada sorang)...bulan lepas je tambah 3 orang lagi... sama dengan 7 orang dah... adik badik adib pun dah 8 orang.... lagik barang2 nak kawen sedara mara berkumpul lagi.... kena balik bawak kontena lain kali..



ni la pilihan key chain..... yang paling banyak yang hok besar tu ...yg ada tepon ngan flag dalam plastik tu (90% beli yang ni...)... sebab ianya besar dan ringan.... yang London Eye tu besar dan berat sangat.... ketip kuku tu satu je (khas, dah ada orangnya...)


tengok tanda ini.... nanti mention kata Malaysian...dapatlah special rate.....deretan kedai yg popular kat Bayswater... g mana2 pun boleh dapat deal...semuanya tokeh yang sama.....tapi yang depan Queensway Station ni betul2 nya deal....


Hahahaa...ngan ibu2 sekali pek....adegan masa beg masih kosong....now dah padat amat sangat dah...

Seperti biasa memang akan adanya barang2 yang akan ditambah nanti ni... Sebagai contoh...teringin lah pulak nak bagi pihak pengantin perempuan buahan segar dari ladang...dari Garson Farm of England lagik tu...siap dengan daun2 dan tangkai lagi hajatnya nak memetik esok ni... tengoklah camana esok yaaa....

Ni anak-anak pun sebuk nak menyiapkan buah tangan jugak...Seronok tengok depa enjoy membuat patung2 comel untuk kawan-kawan yang birthday nya nanti...

Serentak kenduri kawen pada 16 Ogos 2009 di Banting, rasa macam nak buat sikit celebration untuk kedua anakanda ini dan ayahnya... birthday Zahin (11 Ogos), Adib (18 Ogos) dan Syahmie (18 September)... Syahmie n Zahin juga atas permintaan mereka nak disunatkan dalam minggu depannya sebelum pulang ke UK..

Dijemput kawan-kawan datang ya.... Lama kita tak jumpa ... semoga dapatlah berkumpul nanti.

(Pesanan: Jangan kasik hadiah..berat nak bawak balik UK...bagi lain takper....- hmmmm apa je yg tak berat...melainkan duit keh keh keh...)

Telefon rumah (03 31981839)
No 013 551 9769 akan cuba di aktifkan semula sebaik sampai di KLIA...insyaAllah....

--------------------------------------------------------------------

Ni lah dia hasil penulisan anak-anak untuk balik ke Malaysia...sebuah catatan khas perjalanan mereka dan kisah-kisah balik yang sebelum-sebelum ni dan juga kisah-kisah baru sepanjang di Malaysia nanti...







Dan ni lah dia anak-anak patung comel yang anak buatkan khas untuk kawan-kawannya nanti yang mai ke birthday mereka selepas selesai majlis kenduri kawen uncle Mamat and Auntie Wana.


comel kan??? ni kalau betul sungguh2 anak2 menyiapkannya ni mesti best.... depa kata nanti nak susun-susun kat kek ke haper entah.... Lepas tu boleh kasik kat kawan sorang satu...


inilah bahan-bahan nak membuat patung2 yang comel ni....


susun cenggini......


lepas tu iron lah.....


kan dah jadik dah...nak buat banyak2 sampai abis satu balang nih....

Saturday, August 1, 2009

Perlukah sampai kita tiada baru ingin dikenang?????


Dalam aku sibuk ingin menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum pulang ke Malaysia Rabu nanti, dan juga mengemaskan barang-barang yang nak dibawa pulang, sempat malam tadi aku menonton Majalah 3

Dan malam tadi aku tidak berapa lena tidurku.... Entah barangkali begitu tersentuh dengan paparan di Majalah 3 itu mungkin. Aku terfikir akan kehebatan pemikiran Yasmin Ahmad yang begitu ikhlas melalui filem dan karyanya. Ikhlas yang aku maksudkan menurut apa yang aku fahami adalah dalam kita nak bercerita kadang walau pun kita tahu bisa menyinggung hati orang lain, tetapi kerana kita berniat baik ingin menegur, ingin berkongsi, ingin meluah rasa hati..maka kita tetap juga mengambil satu jalan untuk berterus-terang. Aku mendapat satu semangat dari kisah beliau...Mungkin agaknya di awal perjalanan beliau, sebelum orang fahami apa yang beliau nak, pasti begitu banyak liku yang beliau tempuhi. Namun, kerana ikhlasnya beliau, maka secara perlahan beliau tetapi juga meneruskannya tetapi dengan penuh fokus dan konsisten. InsyaAllah....semangat yang sama ingin kusuntik dalam diriku.... kerana ada masanya aku juga mengeluh penat...tetapi semangat Yasmin Ahmad akan ku cuba ikuti di dalam menghasilkan satu misi dalam mencapai satu impian dalam menggapai satu matlamat....

Seperkara juga yang aku terfikirkan akan beliau adalah.... secara mengejutnya beliau kembali ke rahmatullah... Siapalah yang menyangka kan....sedangkan beliau sangat ceria.... Itu membuat aku terfikir tentang diriku.... Kadang aku terlalu optimis...terlalu obsess juga pada kerja ku pada study pada pemikiran ku.... malah lebih teruknya aku juga sangat emosional.... Mungkin perkara yang sama juga boleh berlaku padaku, kan???? Kerana aku sebelum ni pun pernah secara mengejut juga tetiba hilang arah...... Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan pada diri ku dan terus memberikan kasih sayang Mu dalam diriku mencari arah .....

Perlukah orang hanya menghargai diri kita setelah kita tiada lagi???? Tidak bolehkah kita dihargai semasa masih lagi nafas kita berada di bumi ini..........

Semoga aku terus kuat............berikan diriku lebih kekuatan dan fokus serta kemudahan dan kesihatan Ya Allah.............

Wednesday, July 29, 2009

Warna Diri, Nombor Diri, Formula BSE, EQ dan formula CVT yang lain

Dalam aku nak balik ni...kawan ku, Mulia nak berkirim formula untuk anaknya Danish. Maafkan aku Mulia kerana sekian lama hang bertanya-tanya pada aku akan formula untuk anak hang, tapi aku tidak meng explainkan pun tentang formula... Ada la sebab musababnya kenapa aku tak cerita sejak dari awal hang meng approach aku di majlis BBQ kat rumah kak Mas n abang Fadhil (bulan bila ek .......2 bulan sudah kot....).

Barulah berkesempatan kini aku membuka ceritanya..akan kisah perawatan formula CVT.. begitu juga kisah Warna Diri dan Nombor Diri...walau sudah banyak kali orang meminta aku menganalisis Warna dan Nombor Diri..tapi aku sabarkan diri daripada terus membuat analisis. Bukan kerana aku tidak mahu berkongsi...tetapi aku mahu orang faham bukan kerana apabila tahu Warna Diri atau Nombor Diri mahupun menggunakan formula semata yang menyebabkan diri boleh keluar daripada masalah yang menimpa....atau serta merta daripada kurang cerdik menjadi cerdik sekelip mata.... dan sebagainya.

Sebenarnya aku takut.... melihatkan semakin ramai yang belajar(apabila dikomersilkan ilmu ini) mengira tarikh lahir semakin ramai juga yang tersalah guna dan bergantung kepada pernomboran semata (contohnya pantang bertemu orang, asyik bertanyakan tarikh lahir orang dan mengira...ada bahayanya...!!!!!).... melihatkan ramai yang tersalah diagnos diri dan mendiagnos pelbagai macam perkara sehingga dikatakan bomoh moden sebagainya(mana taknya...kalau graf tenaga hayat tu nanti orang kata boleh predict bila ajal...tak ke dah salah tu namanya....)... Aku tidak mahu orang tersalah tafsir akan ilmu-ilmu sebegini.... besar dosanya yang bakal aku pikul....Ini kerana aku tidak dapat buat ketika ini menerangkan dengan panjang lebar akan penerangan nya.. (sedangkan sudah panjang lebar aku cuba terangkan di blog Warna Diri pun tidak semua membacanya)...Orang semua nak pantas... tapi orang tidak tahu bermacam cara yang perlu kita usahakan bagi mendapatkan suatu hasil sepertimana yang kita harapkan...

Kini...setelah dalam bulan Julai ini begitu berterusan aku bercerita mengenai perkembangan anak-anak di sekolah mahupun di rumah...iaitu usaha aku tanpa henti menulis sejak sekembali nya aku ke UK pada penghujung 2007 yang lalu hinggalah ke saat ini... barulah kini aku merasakan waktu yang sesuai aku himpunkan semula kisah2 Warna Diri, Nombor Diri dan juga formula CVT yang aku gunakan bagi kegunaan harian dan juga untuk anak-anak.

Tidak aku nafikan begitu besar manfaat yang aku pelajari daripada ilmu Warna Diri dalam aku nak mendidik anak-anak kerana dapat aku fahami tingkah laku dan ragam anak-anak. Ditambah pula dengan ilmu Nombor Diri dapat aku menyusun lebih baik lagi segala perancangan dan perkaitan hubungan elemen antara nombor di dalam hubungan antara aku dan Adib dan juga dengan anak-anak. Dan kemudiannya dengan berbantukan formula memudahkan lagi urusan mendidik anak mendengar kata dan juga membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdikan. Semuanya ilmu.....lebih lagi aku kini berada di dalam bidang psikologi pendidikan pula.... dan persekitaran sekolah yang menyeronokkan lagi.... Namun...apa yang boleh aku nyatakan di sini...semuanya saling membantu.... kerana yang penting adalah usaha yang berterusan walaupun sedikit tetapi diAMALKAN..... (Ni juga salah satu sebab aku malas nak promote ni...sebab nanti sebab orang tu yang tak amalkan...dan tak menjadi...lepas tu komen....sedangkan dia yang tak amalkan....dan salah fahaman....)

Maka now aku ceritakan formula yang aku gunakan iaitu antaranya...

Brainy Sugar Energy (BSE1234Kids)

Kumpulan empat jenis/peringkat formula:

1. Happy Genius - Tahap Spiritual
2. Emotional Quotient - Tahap Emosi
3. Super Smart - Tahap Mental
4. Bold & Brainy - Tahap Fizikal

Formula ini menerbitkan rangsangan bahagian otak yang paling dasar iaitu nukleus sel-sel yang berkemampuan 'berfikir' sendiri untuk melaksanakan berjuta fungsi di dalam tubuh. Namun sel-sel di otak juga memerlukan tenaga untuk melaksanakan fungsinya maka di dalam hal ini, formula BSE1234Kids amat membantu meningkatkan rangsangan berfikir melalui tenaga yang dibekalkannya dan isyarat gelombang yang dibawa bersama.

Zaman kanak-kanak sepatutnya diisi dengan minat dan gaya berfikir yang matang serta kreatif supaya masanya dapat diisi dengan pembentukan akhlak murni dan bijaksana. Kebijaksanaan emosi adalah amat penting yang perlu diutamakan di samping kecerdasan 'ceria', pintar akal dan juga matang.

Kekuatan berfikir amat berkait rapat dengan struktur molekul yang terbentuk di dalam otak. Kajian mendapati molekul gula tertentu amat bersamaan dengan molekul otak yang sedang berfikir. Apabila akal berfikir, enzim-enzim bertindak manakala asid amino mencari pasangan-pasangan unsur dan hormon dirembeskan. Hasilnya, sistem imun dan antibodi dapat diperkuatkan.

Otak sebenarnya suatu ruangan yang kosong dan tidak seharusnya disempitkan apabila kurang berfikir atau terlalu banyak memikirkan perkara negatif dan tiada kesudahannya, ataupun disebabkan oleh pemikiran yang telah tertutup.

Oleh itu di antara manfaat formula ini ialah, kanak-kanak akan lebih menggunakan akal yang rasional dalam pemikirannya, bagi yang telah dewasa formula ini selain meningkatkan tenaga berfikir positif dan kreatif, ia membantu mengembalikan semula tenaga atau masa yang telah terlepas kepada kedudukan asalnya yang sesuai dalam hukum keseimbangannya, sehingga membantu memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan mengikut level diri.


--------------------------------------------------------------------

Aku gunakan BSE ni dalam 2 kotak seorang....kotak pertama aku kasik dos tinggi....lepas tu aku kotak kedua dah dos rendah untuk kekalkan pengamalan.... Dan lepas tu aku kekalkan guna EQ sampai lah la ni....


Emotional Quotient EQ

Colour Vibration Therapy melalui kajian dan pemahaman kaitan antara organ dan pembelajaran telah menghasilkan formula khas yang dinamakan EQ (Emotional Quotient) untuk mempertenagakan organ-organ deria supaya dapat mengoptimumkan keupayaan belajar.


8 Zon Kecerdasan Emosi

Zon 1- hidung meningkatkan tahap kerohanian setiap individu. Formula Naluri - Deria bauan berkait rapat dengan deria citarasa. Formula yang merangsang daya pendorong. Meningkatkan kesedaran diri. Formula yang membangkitkan kepuasan.Tanda-tanda seseorang itu mempunyai kekuatan kerohanian yang tinggi ialah ia mempunyai semangat yang sangat kuat dalam melakukan setiap aktiviti seharian. Apabila tahap kerohanian yang tinggi telah diperolehi oleh seseorang individu, maka mindanya akan melahirkan ilham yang banyak, daya imaginasi yang tinggi dan hasrat/ azam yang kuat dalam menjalani kehidupan ini. Setiap angan-angannya adalah terarah kepada sesuatu yang berguna dan berkualiti. Ia juga akan mampu mencetuskan idea-idea yang bernas apabila diminta sesuatu pandangan. Deria hidung ini bersambung pada saraf olfactory dan seterusnya bersambung terus ke sistem limbik otak yang akan melahirkan perasaan-perasaan tertentu seperti ketenteraman dan kebahagiaan.

Zon 2- mata akan merangsang kemampuan minda dalam mengenali dan melahirkan segala bentuk gambaran sama ada dalam bentuk lakaran ringkas atau kompleks. Mata juga mempelajari dan menganalisa sesuatu bidang hanya berdasarkan symbol-simbol tertentu atau ‘hints’yang sedikit. Natijah daripada ini, daya kreativiti minda akan meningkat dan keseronokan belajar akan lahir daripada diri setiap individu.

Zon 3 - Telinga, minda akan menjadi sensitif dan peka bertindakbalas terhadap segala bentuk bunyi-bunyian baik yang dapat didengari ataupun yang tidak dapat didengari. Bunyi-bunyian yang tersusun indah dan resonan akan dapat meningkatkan moral diri setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian. Di samping itu, minda juga akan mampu menganalisa bunyi-bunyian yang didengari secara verbal daripada orang lain sama ada kata-kata itu dilahirkan secara langsung ataupun tidak langsung. Minda akan dapat menangkap setiap maksud yang didengarinya dan boleh membezakan sama ada kata-kata itu diucapkan secara ikhlas dan tulus atau secara sinis melalui intonasi setiap patah perkataan.

Zon 4 - merangsang bahagian sulkus tengah/ sentral yang terletak di bahagian tengah atas otak. Sulkus sentral mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan deria bulu roma yang terdapat di seluruh tubuh yang bertindak sebagai reseptor. Segala bentuk gelombang maklumat di persekitaran tubuh akan segera dapat dikesan oleh bulu roma dan maklumat ini akan dihantar ke sulkus sentral untuk dianalisa sebelum ia diedarkan ke bahagian-bahagian lain otak. Sentral sulkus juga berperanan dalam penyusunan ayat sama ada dalam bentuk verbal, bunyi-bunyian mahupun tulisan. Disiplin diri akan meningkat pada diri individu apabila deria bulu roma menjadi semakin peka dan sensitif terhadap persekitaran. Jika sebelum ini seseorang individu itu bersifat pengotor, maka dengan pengambilan formula EQ zon 4 ini akan meningkatkan disiplin diri menjadi seorang yang pembersih, kemas, teratur dan sebagainya. Deria gerak rasa/ intuisi juga terletak sulkus sentral; apabila ia peka dan sensitif, sesuatu perkara yang belum berlaku akan dapat dirasai kehadirannya terlebih dahulu. Setiap geraklaku individu itu sentiasa dalam keadaan selamat apabila deria bulu romanya peka terhadap persekitaran.

Zon 5 - merangsang deria tubuh yang meliputi kawasan lubus parietal otak. Segala bentuk maklumat dalam bentuk tekanan sama ada kuat atau lembut akan dianalisa oleh deria ini – kulit. Apabila zon 5 ini aktif/ peka, minda akan mencetuskan idea-idea yang terkehadapan dan berpandangan jauh. Segala maklumat yang wujud di dalam ingatan akan dianalisa, diuji dan pelbagai hipotesis mampu dihasilkan untuk mencapai matlamat yang difokuskan. Kawasan lubus periatal yang aktif akan mampu melakukan congakan, telahan, ramalan dan jangkaan untuk masa-masa mendatang. Individu ini akan menjadi lebih bijak dalam membuat satu-satu keputusan dalam hidup yang mana ini akan membuatkan ia bertambah matang.

Zon 6 - merangsang lubus frontal (hadapan) otak terutamanya di dalam kemahiran linguistik, komunikasi, sebutan dan makna. Seseorang individu itu akan cekap mempelajari pelbagai bahasa, fasih berkata-kata, jelas segala pertuturannya dan juga akan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang penuh makna. Dengan kata lain, individu ini tidak suka mengeluarkan kata-kata yang sia-sia. Deria yang berkaitan dengan formula EQ zon 6 ini adalah suara. Setiap patah perkataan dan ayat yang dipertuturkan akan disertai dengan nada dan intonasi yang tepat dan harmonis.

Zon 7 - merangsang lubus parietal daripada sudut pemprosesan maklumat. Dengan pengambilan formula ini, seseorang individu itu akan mampu melakukan analisa perhitungan, melakukan pengkelasan terhadap sesuatu perkara, melakukan perhitungan dengan ketepatan yang konsisten, berfikir dengan kaedah logik dan matematik, berfikir secara saintifik dalam menilaikan sesuatu perkara dan mempunyai idea-idea yang bersifat futuristic/ terkehadapan, yang mana kemahiran-kemahiran seperti inilah yang biasanya dinilai sebagai tahap kecerdasan oleh kebanyakan ahli masyarakat. Deria yang berkaitan dengan zon 7 ini ialah lidah di mana ia berhebungkait dengan cita rasa. Lidah akan menjadi lebih peka dan sensitif terhadap setiap rasa makanan dan minuman yang melaluinya. Walaupun deria yang teransang oleh zon 7 ini ialah lidah, namun ia juga pada hakikatnya meningkatkan tahap cita rasa individu daripada sudut perasaan/ emosi (feeling), persepsi dan visual terhadap segala faktor-faktor persekitarannya.

Zon 8 - merangsang lubus frontal otak. Tenaga daripada zon 8 ini akan meningkatkan kemahiran individu daripada sudut pergerakan, kekuatan, kinestatik, kinestatik, ekologi (persekitaran), idea dan percubaan. Dengan tenaga ini, seseorang individu itu akan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi dan berani untuk melakukan sebarang bentuk tindakan yang berisiko tinggi. Dengan kata lain, formula zon 8 EQ ini akan meningkatkan kemahiran individu itu daripada sudut aktiviti-aktiviti fizikal. Kemahiran ini adalah sangat penting bagi setiap individu agar tidak berasa kekok apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Seseorang individu itu akan mampu menyesuaikan diri apabila ia berada di tengah-tengah masyarakat pada semua tahap bangsa, usia dan tempat. Dewasa ini, terdapat ramai mahasiswa universiti tempatan yang kehilangan kemahiran bersosial (pada zon 8); ini menyebabkan mereka gagal mendapat tempat di mana-mana sektor swasta. Dengan ini, pengambilan formula zon 8 EQ dapat membantu mengatasi masalah pehubungan sosial yang dihadapi oleh kebanyakan mahasiswa universiti.

--------------------------------------------------------------

Selain daripada 2 formula utama di atas (BSE dan EQ), aku juga ada kalanya menggunakan formula lain.... contohnya masa nak ke sekolah aku rajin berikan NW2 untuk daya ingatan dan NW4 bagi membantu daya fokus. Tapi hanya terlalu sedikit yang aku berikan... mengikut keperluan....

Jadual di bawah, menunjukkan hubungan antara organ dan peranannya dalam proses pembelajaran.

ORGANPSIKOLOGIKETERANGAN
NW1 Kelenjar PinealKecergasan rohani / ilhamMotivasi diri secara semula jadi, merangsang otak, pencetus ilham, meningkatkan keyakinan, memulihkan semangat
NW2 Kelenjar PitutaryDaya ingatan / keremajaanPembina sel otak untukpemikiran, kreatif / idea, kekuatan daya ingatan, membantu mereka yangbanyak berfikir atau kerja mengingat yang banyak, bijak / kepetahan
NW3 ThalamusRenjatan emosi / kecintaanTahap pemikiran yang tinggi, gerak balas kepada tekanan jiwa, membantu kerungsingan atau tekanan perasaan, menstabilkan jiwa yang tidaktenang, meredakan perasaan marah atau dendam
NW4 HipothalamusTumpuan/ penerimaanBerkebolehan memotivasikan diri sendiri, daya tumpuan belajar, menambah sifat ingintahu, rasional dan bijaksana, kematangan, mencetuskan idea,meningkatkan daya kreatif, penyelesaian yang menyeluruh, meningkatkan kecergasan, menjadi pemerhati yang baik, kognitif peringkat tinggi
NW5 Kawalan BiotikKecenderungan/ keceriaanMerangsang perasaan gembira dan tenteram semula jadi, menghilangkan rasa bosan, mengawal serangan bakteria, menguatkan semangat sebelum menziarahi kematian, pertahanan tubuh
NW6
Sinus
Naluri/ kedamaianCitarasa, mengawal lapar dan dahaga, daya pendorong cita-cita, meningkatkankesedaran diri, membangkitkan kepuasan
NW7 Kawalan SuhuKecergasan/ pengamatanMinda menjadi sensitif, peka terhadap tindak balas segala bentuk bunyi bunyian yang baik dapat didengari, bunyi-bunyian yang tersusun indahdan resonan akan dapat meningkatkan moral diri setiap individu dalammenjalani kehidupan seharian
NW8 Medulla AblongataKeseimbangan Perasaan riang dan tenteram, mengawal tekanan fikiran, kelemahan di bahagian iniakan meningkatkan debaran jantung NW11 dan kitaran darah NW18 yangmengawal kekeliruan
NW9
Tyroid
Perhubungan/ pengucapanMeningkatkan sel-sel otak dan menambah aktiviti pengaliran elektrik pada otak
NW10 Paru-ParuPerasaan/ hasratPerasaan, penghayatan dan menjiwai ilmu
NW11 JantungRagam/ pertemuanPenyerapan ilmu, mengawal bebanan derita atau cabaran berfikir
NW12 Hati, Perut, LimpaPengharapan/ daya ciptaTenaga berfikir kreatif, pusat pemikiran sedar, penghayatan dalam belajar. Makan terlalu banyak kolestrol akan melemahkan tenaga berfikir
NW13 Buah PinggangGerakbalas / bertenaga / ketenanganKeupayaan untuk berdaya fikir
NW14 HempeduKetaatan/ keikhlasanPemikiran tajam
NW15 PankreasPrihatin / simpatiBerfikirmengenai diri orang lain, menghargai orang lain, ramah, menghayati diriorang lain. Kelemahan di bahagian ini akan mengakibatkan seseorangmudah mengumpat, cemburu, iri hati, hasat, khianat
NW16
Ovari, Testis
Kesabaran / suci / kejelitaanBertimbangrasa, sabar, memahami. Kelemahan di bahagian ini akan mengakibatkan perasaan gelojoh, terburu-buru, mengambil jalan pintas
NW17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Asmara / kemanjaanBertanggungjawab, mengambil tahu / ambil peduli. Kelemahan di bahagian ini menyebabkan seseorang menjadi pasif
NW18
Darah, Otot
KeberanianMengawal kebimbangan, kekhuatiran, takut. Berani mencuba, menegakkan kebenaran, hasil kemas.
NW19
Usus, Apandiks
Keyakinan / cergasKeyakinan tinggi. Kelemahan di bahagian ini akan menyebabkan ketakutan luarbiasa, phobia, terperanjat, rasa kaku
NW20 Tulang, SarafKetabahan / istirehatKesanggupan, menghilangkan keresahan dan angan-angan kosong, bersegera. Kelemahan di bahagian ini akan menjadikan seseorang suka menangguhkan kerja





Ya...menurut ilmu CVT yang aku pelajari, sistem pembelajaran berkait dengan setiap sistem tubuh yang terdapat di badan kita. Ianya bukan semata otak yang digunakan di dalam proses pembelajaran semata. Tetapi juga gandingan keseluruhan sistem tubuh kita yang menyampaikan dan memproses segala maklumat dan otak dengan fungsi tertentu bagi proses pembelajaran itu berlaku. Setiap sistem tubuh yang dinamakan sistem NW1 hingga NW20 mempunyai psikologinya tertentu yang dapat dikaitkan dengan sistem pemikiran dan pembelajaran kita.

InsyaAllah....terima kasih Mulia kerana hang buat aku ready kini nak bantu orang lain sekiranya orang lain itu juga bersedia sepertimana hang....Sabar sungguh hang nak tunggu aku bukak mulut kann...... InsyaAllah balik nanti aku dapatkan hang formula ni.....

Oh ya...aku lupa seperkara penting ni.... namanya Seri Wajah.... ni lah yang paling penting yang aku tak sangka aku boleh terlupa.... Apa-apa jugak mula sakit pening ke jatuh terhantuk ke melalak ke menangis dalam tidur ke....akan aku sapukan Seri Wajah... atau kes besar sikit aku buh setitik dalam air (dan juga ais) dan mandi dan juga buat minum....

Tiket oh tiket... adakah aku bermimpi... kejutkan aku bila dah sampai KLIA yaaa....!!!

Nilah rupanya tiket nak balik Malaysia yang baru je aku buka email yang dihantar oleh suamiku, Adib. Tarikh balik 5hb bersamaan hari Rabu minggu depan... dan balik semula ke sini pada 21 tapi tiba 22hb iaitu hari Sabtu. Entah camana penerbangan Qatar Airways ni pun aku tak tau...sebab ni lah kali pertama aku naik selain MAS.... Selama ni begitu setia aku naik MAS cuma kali ni je yang tak naik MAS dek kerana yang macam selalu tu hanya boleh dibeli lepas certain date sahaja...yang certain date tu adalah lepas 24 Ogos...yang aku dah balik sini semula dah weiiii.... Pelik jugak kan...dalam sibuk selesema bagai tu kapal tetap jugak penuh... Agaknya makin ada wabak makin ramai yang berpakat pergi makan angin sempena tiket yang murah (yang tak pun murah... berbelas ribu jugak tiket nak balik ni ..........)


Semoga ok je lah perjalanan bawak anak-anak dengan berhenti sekejap di Doha ni... bukan sekejap...dari 5 petang nak menunggu 1.30 pagi ni jenuh jugak la nak layan anak-anak..jangan penat dah la....tau je la kalau budak2 meragam lagu mana.... sebab tak pernah pun naik airline yang berhenti2 ni....

Sampai KLIA dijangka jam 2 petang... semoga selamatlah perjalanan nanti...

Dari 6 ke 21 Ogos... lebih kurang 2 minggu jugaklah balik Malaysia tu.... Kami perlu usahakan balik semula ke UK memandangkan kami mempunyai tugasan lain pula. Kumpulan penyelidik yang bakal datang ke UK nanti nampak gayanya minggu pertama tidak dapat aku ikut perjalanan kajian mereka ke Cambridge dan Nottingham.... Allah Maha Mengetahui jua....akan kenapa aku sudah rancangkan jika mereka ke mari dan aku tidak pulang, maka aku akan mengikuti mereka menjalankan kajian. Rezekinya aku perlu pulang dan menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan ahli keluarga.....

Kami dijangka tiba pada 22 Ogos.... sempatlah hari Ahad tu bertemu cikgu Rafee dan penyelidik UKM tu kerana Isnin aku akan membantu mereka bertemu Headteacher di sekolah anakku. Isnin malam tu juga mereka akan berangkat semula pulang ke Malaysia. Pertemuan yang sungguh singkat.... semoga semuanya berjalan lancar hendaknya......

Semasa pulang nanti dapatlah menyambut harijadi Zahin dan juga harijadi Adib di Malaysia... dan bestnya dapat menyambutnya bersama keluarga.... Pertama kali jugaklah nanti birthday Zahin dapat disambut dengan semua orang ada... pasti seronok agaknya..... Walau nanti puasa dan Raya tidak dapat bersama keluarga, sekadar dapat bersama pada 6 hingg 21 tu sudah memadai.....alhamdulillah.....

Walau apa jua perancangan kita, Dialah yang telah menentukanNya....

Aku masih lagi agaknya di alam mimpi.... Dua hari lepas dalam sama-sama baru bangun tidur kami menerima sms dari adik yang abah di dalam keadaan kritikal diserang penyakit jantung. Begitu mengejut sekali. Sedangkan abah seorang yang kuat dan begitu jarang sakit. Aku terdiam dan begitu juga Adib. Berita pula lambat sampai....sistem sms beberapa jam delayed sebelum sampai serentak sekali dua mesej.

Menurut mamat, adik Adib....abah, mak dan mamat di kampung nenek di Sungar Serdang, Kapar menguruskan menjemput keluarga di sebelah sana. Urusan nak kenduri semakin hari semakin suntuk. Mungkin itu jugak agaknya membuatkan abah begitu penat. Dan tambah penat juga agaknya bila mendapat tahu Adib anak sulungnya masih belum lagi menunjukkan tanda dapat pulang ke kenduri kawen mamat. Walau abah redha dan pasrah kami tak dapat pulang, tapi aku dapat merasakan berharap benar agar kami dapat pulang bersama dan meraikan bersama.
Inilah keadaan abah yang ditahan di Hospital Banting.... kesian abah kan..... berehatlah sekejap wahai abah..... Nantikan kepulangan anak-anak dan cucu-cucumu...jika diizinkan Allah jua.... semoga semuanya akan berjalan selamat...agar dapat kami membuatkan abah ceria melihat orang yang jauh pulang..... dan dapat bersama berkumpul meraikan perkahwinan Mamat dan Wana...


Kad jemputan kahwin di pihak Banting dan pihak Wana.

InsyaAllah.........

Sudah suratan.... walau kita merasakan tidak dapat pulang...akhirnya berlaku suatu perkara yang membuatkan kita berkumpul jua... semoga selamatlah perjalanan pulang kami ini nanti...dan diberkati...semoga dapat menemui keluarga yang tercinta....dan kembali semula kesihatan abah seperti sediakala.....Aaammmiiinnnnnnnnn

Saturday, July 25, 2009

Kisah seorang sahabat yang MULIA hatinya semulia namanya MULIATI AHMAD ZAKI

Aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih buat sahabatku, Muliati Ahmad Zaki yang sangatlah baik hati dan selayaknya namanya Mulia itu, heh! Malam tadi telah dapat aku menikmati kuih tart nya yang sungguh lazat dan berkrim itu. Walaupun hampir tengah malam tart itu tiba ke rumah, aku dan anak-anak yang masih berjaga terus menikmati kuih tart yang agak lama kami tidak makan. Sebelum ini Ucu ku (mak usu atau wan umi, nama yang dipanggil oleh anak-anakku) yang kerap ke mari membawakan aku tart nenas. Tapi sejak Ucu dan anak-anak menjalankan perniagaan katering, sejak itulah mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat lagi ke UK sepertimana dulu. Mujurlah ada Mulia..... dapat kembali kami merasai tart nenas.....

Kisah tart bermula dengan sistem berkongsi masakan semasa berpiknik di Long Walk, Windsor. Masa tu aku teringin nak makan nasik lemak dan minta tolong Mulia buatkan. Dan aku pula membawa bubur ayam McD yang rupanya Mulia pula yang suka. Lepas piknik tu, kami meneruskan berkongsi lagi dengan aku masak kari ayam dan Mulia dengan roti jalanya. Dan baru ni juga aku bawakan pula tepung pulut dan gula kabung, dan Mulia memulangkan ketayap dan buah Melaka yang sudah siap. Dan tart ni pula, aku bawakan segala acuan dan jem nenas khas didatangkan dari Malaysia, dan pulangannya tart nenas yang sudah siap.


Aku dan Mulia yang asyik bergelak sakan...tidak kira di facebook atau bertemu muka...

Ketayap dan Buah Melaka.

Roti Jala dan Tart Nenas.

Malah aku juga sangatlah nak berterima kasih pada Mulia ni yang kerana jasa baik dia dan suaminya lah dapat aku meminjam digital videocam mereka untuk aku merekodkan Syahmie dan Zahin membuat persembahan baru-baru ni di sekolah. Dan sehari sebelum tu dapat aku merakam gelagat anak-anak semasa concert di Legoland.



Memang sungguh baik hati mu Mulia. Semoga Allah jualah yang dapat membalas segala kebaikan hang dan suami.

Banyak juga gelagat kelakar bila kunjungan aku ke rumah Mulia...naknya anak Mulia yang sungguh kreatif lagi inovatif macam mak dia. Strawberry abis dijunamkan nya dalam air teh....dicicahkannya dalam kari dan bagai..... Tu tak termasuk entah berapa kali sampai bengkok tulang belakang aku kena hentak dek bola keras si Danish tu.... benjol2 pala aku......


Hari ini insyaAllah aku buatkan hang bubur ayam McD kegemaran hang tu. Cumanya aku dah kehabisan kicap manis kipas udang tu untuk membuat sambalnya. Nanti akan aku hantar ke rumah hang lewat petang nanti ya....

Thursday, July 23, 2009

The Death Of Respect .... ianya fenomena yang berlaku di mana saja....

Malam tadi aku aku layan tengok tv... tengah-tengah malam kadang ada dokumentari best... kebetulan pulak memang ada... Mulanya Adib nak tukar channel... aku lak kata ''tunggu la jap...cam best pulak tajuk The Death of Respect tu... Tajuk amenda tu?'' . Adib kata ''drama kot...'' sedangkan dia baca pengenalan tajuk tu kat guide... Nasib baik la instinct aku betul.... rupanya memang best dokumentari ni... tu pun aku layan 5 minit jap dulu sebelum Adib beriya nak tukar channel.... "Tengok ni ayah..sib baik tak tukar tadi...... ni kan yang favourite ibu kalau cenggini.....apala ayah kata drama tadi ni...."

Ke mana hilangnya nilai dan budaya kita saling hormat menghormati yang semakin tenggelam oleh masa? Ianya berlaku di mana-mana saja walau dokumentari ni khas ditujukan tentang apa yang berlaku di England ; kisah liar remaja Britain yang mengganas, adults dengan tidak punyai pekerjaan dan qualification, malah kanak-kanak juga sudah mula menunjukkan sikap yang negatif apabila perpecahan berlaku di dalam community dan society.

Meh la saksikan sama-sama.... ada 2 episode...yang malam tadi aku tengok tu episode 2....(di link BBC ni nanti boleh click kat S untuk on kan subtitle)

Source: www.bbc.co.uk

Is Britain broken, breaking or just fragmenting a bit round the edges?

John Ware asks what has happened to British values and behaviour over the last 50 years. As Britons, we lead Europe in everything from brand awareness and rates of obesity to public drunkenness, drug use, sexually transmitted infections and family breakdown. We also intervene less in acts of public nuisance while mutual mistrust between adults and children is growing. How ever did we get to where we are today? And how do we find our way again?

Source: www.bbc.co.uk

Journalist John Ware examines the broken bits of Britain and questions whether they can be put back together again. He hears about the damage caused by family breakup and asks if it is time we took a different approach to dealing with some of the dysfunctional parts of our society.

----------------------------------------------------------------

Inikah yang bakal berlaku di Malaysia juga suatu masa nanti? Bukti-bukti nya sudah pun ada... dan adakah kita ingin perkara begini terus melarat hingga menjadi cancer yang sudah parah yang tidak mampu diselamatkan lagi?

Bersamalah kita renungkan.................

Mempelbagaikan segala sumber demi keperluan pendidikan anak-anak

Anak-anak ini sangat bertuah.... sudahlah sekolah membekalkan buku untuk dibaca di rumah, library pula begitu kaya dengan bahan bacaan yang begitu bagus, malah ada pula buku-buku yang boleh dibeli di car boot sale.

Ini rumah kecik ni...pun dah sarat dengan segala macam buku anak-anak dah. Walaupun buku di car boot murah dan banyak, tapi disebabkan ruang tak ada nak meletakkan buku-buku ni, maka lebih baik pinjam sahaja daripada library (jadi space yang ada boleh rotate sahaja). Dalam pada nak hadkan membeli, tetap jugak membeli... Ada jugak beli buku yang baru menggunakan SchoolLink (sebab boleh dapat sampai 90% kadang harganya...nak nya buku yang dalam bentuyk set...memang berbaloi sangat!!!).

Baru ni Syahmie mendapat keputusan 2 subjek level 3 apabila assessment dijalankan bagi Key Stage 1 (Year 2). Level 3 ni bermaksud pencapaian melebihi average umur 7 malah ianya menyamai pencapaian umur bagi pelajar umur 9 tahun. 2 subjek tu adalah Reading dan Science. Ini adalah antara sebab-sebabnya...

Syahmie mula suka sangat membaca bila aku jumpa set majalah StoryBox ni di Car Boot Sale. Abis aku borong semua koleksi ni dengan harga 3 pound je kot... ada berpuluh buah majalah!!! StoryBox ni lah menarik minat Syahmie belajar Sains....

Lepas tu mulalah aku membeli koleksi Sains yang seterusnya kat Car Boot Sale jugak...tapi tak la berapa menarik minat nya sangat.
Minat yang membuak pada movie Star Wars ditambah pulak lagi dengan menggunakan kupon yang ada pada kotak cereal membolehkan Syahmie mendapatkan dengan harga 99p sahaja (90% tu potongan harganya!!!!!). Sejak tu mulalah kumpul Annual Star Wars nya.
Ni pulak adalah koleksi Magic School Bus yang aku beli kat Singapore. Mahal betul koleksi ni kat sana...tapi kat sini kat UK pun aku tak pernah jumpa pun...so tak lah ralat sangat membelinya. Kuhangkut dari Singapore ke Malaysia dan ke UK semata-mata sebab menarik sungguh buku ni mengajar Sains. Malah kat Malaysia aku jumpa pulak ada CD kartunnya...apa lagi....memang beli juga lah jawabnya....

Haaaa.... yang ni yang aku cakap beli melalui SchoolLink.... harga satu set ni dekat 50 pound...tapi sebab aku beli kat opis sekolah dapatlah aku dalam 7 pound je... Buku nilah Syahmie mula berjinak dengan Shakespear segala bagai....... Ada 12 set semuanya dalam koleksi ni... Aku satu pun tak baca...kalau tanya Syahmie.... bukan main excited dia bercerita tiap buku ni (aku saja nak tanya iyakan dia baca...sebab macam tak caya dia boleh baca buku-buku cam gini...tu dia sekali dia cerita balik....)
Ni sejak dah besar ni mulalah nak baca buku-buku yang budak-budak meningkat besar baca cam Mystery Mob ni.... dan jugak Draglin Rescue dan Boys Rule! Semua ni boleh cari kat library je...Selalunya buku cam nilah yang menjadikan buku yang dipinjam Syahmie sampai 24 buah sekali pinjam...tu pun kadang tumpang akaun ibu pulak bila ada lagi buku lain yang dia nak pinjam!!!!
Buku kat bawah ni pun library punya..... anak-anak suka lah baca buku cam gini... ringkas dan banyak infonya....

Dan akhir sekali...ni rezeki Car Boot Sale minggu lepas.... sekali 3 buku Harry Potter kini menjadi milik Syahmie Mirza Mohd Adib ni!!! Buku baru lagi tu...agaknya tuan punya pun beriya beli tapi tak baca!!! Nanti kalau rezeki best lagi dapat jumpa next koleksi Harry Potter jugak.... Aaaamiiinnnnnnnnnnn
Tu lah dia..... rezeki dari sekolah...dari Car Boot Sale... library dan jugak beli sendiri pun ada. Yang pentingnya adalah sangat penting kita mempelbagaikan bacaan anak-anak dan mengikut tahap umur mereka. Jenis bacaan yang berbeza dan mengikut tahap akan membentuk satu tangga khas ke arah behaviour suka nak membaca...

pssssssttttttttt : beriya ajar anak membaca...kami sendiri pun tak la membaca sebanyak mana anak-anak baca..... (pengakuan jujur ni.......!!!!)